Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Secret Code_

Ini Cara Tetapkan ‘Kod Rahsia’ Untuk Kunci Sembang Di WhatsApp

Diterbitkan Disember 1, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

WhatsApp pada Mei lalu telah memperkenal Chat Lock atau Kunci Sembang di aplikasi pemesejan itu. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menyimpan perbualan tertentu dalam folder berasingan, yang dilindungi kata laluan atau pengesahan biometrik peranti.

Telah tersedia untuk pengguna beta sejak bulan lalu, WhatsApp kini melancarkan ciri ‘Secret Code’ atau Kod Rahsia versi stabil, bagi menambah baik ciri sedia ada. Menariknya, ciri ini membolehkan pengguna menetapkan kata laluan unik berbeza daripada yang digunakan untuk membuka kunci peranti.

Ciri Kod Rahsia dilepaskan secara berperingkat, bermula hari ini. Untuk mengetahui cara menetapkannya, ikut langkah di bawah.

Cara tetapkan Kod Rahsia dalam Kunci Sembang

Sebelum itu, perlu diketahui tutorial ini menggunakan peranti iOS dan ia mungkin sedikit berbeza pada tetapan peranti Android.

1. Buka aplikasi dan tetapkan Kunci Sembang (Chat Lock) terlebih dahulu.

2. Caranya, slide ke kiri (atau hold) dan tekan tiga titik “More” > “Lock Chat”. Kemudian ikut langkah selanjutnya melalui pautan INI (jika sudah melakukannya, skip langkah ini).

WhatsApp Secret Code_1

3. Setelah selesai tetapkan Kunci Sembang, buka folder “Locked Chats” dan tekan “Settings”.

WhatsApp Secret Code_2

4. Pergi ke bahagian “Secret Code” dan masukkan kod rahsia yang diingini. Anda boleh menggunakan perkataan atau emoji tertentu, tapi pastikan yang mudah diingati.

WhatsApp Secret Code_3

5. Seterusnya, masukkan sekali lagi kod rahsia yang sama bagi mengesahkannya. Kemudian, tekan “Done”.

WhatsApp Secret Code_4

6. Langkah terakhir, aktifkan “Hide Locked Chats” untuk menyembunyikan Kunci Sembang. Tekan “Use My Secret Code” dan sahkan sekali lagi kod rahsia yang dimasukkan dalam langkah 4.

WhatsApp Secret Code_5

Selesai. Kunci Sembang kini tidak lagi dipaparkan dalam folder seperti sebelumnya. Untuk mengaksesnya, pengguna perlu memasukkan Kod Rahsia di bahagian bar carian.

WhatsApp Secret Code_6

Pengguna juga boleh mematikan ciri ini melalui tetapan yang sama.

Itu sahaja tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY