Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

‘Backup’ WhatsApp Untuk Android Tidak Lagi Percuma Dengan Storan Tanpa Had

Diterbitkan November 15, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Google dan WhatsApp kini mengumumkan perubahan di mana backup atau sandaran data WhatsApp untuk peranti Android akan mula dikira bergantung kepada had storan Akaun Google pengguna.

Ia adalah sejajar dengan cara sandaran WhatsApp dikendalikan di platform mudah alih lain.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Akses Dua Akaun Dalam Satu Telefon
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen
  • WhatsApp Perkenal Ciri 'Voice Chat' Seakan Discord

Menurut kedua-dua penyedia perkhidmatan itu, perubahan ini akan mula dilaksanakan kepada pengguna WhatsApp Beta bermula Disember 2023. Kemudian, secara beransur-ansur kepada semua pengguna WhatsApp di Android mulai awal tahun depan.

Jika pengguna memilih untuk mengaktifkan sandaran WhatsApp pada peranti Android, Akaun Google individu disertakan dengan storan 15GB percuma – yang dikongsi dengan Google Drive, Gmail dan Google Photos.

‘Backup’ WhatsApp Untuk Android Tidak Lagi Percuma Dengan Storan Tanpa Had
Kredit: WABetaInfo

Ini bermakna, sandaran di WhatsApp masih berjalan seperti biasa, selagi pengguna mempunyai ruang yang tersedia dalam storan Akaun Google.

Sekiranya telah mencapai had storan, pengguna perlu mengosongkan ruang untuk menyambung semula sandaran, dengan memadam fail atau gambar yang tidak diperlukan. Atau sebaliknya, pengguna mempunyai pilihan lain dengan menambah storan melalui langganan Google One secara bulanan atau tahunan.

Dalam pada itu, WhatsApp menyatakan pihaknya akan memaklumkan kepada pengguna 30 hari sebelum perubahan itu berlaku, dengan memaparkan banner pada Settings > Chats > Chat backup.

Sumber: Google, WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY