Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen

Diterbitkan November 10, 2023 · Dikemas kini November 10, 2023 oleh Amalina Athman

Setelah sekian lama dinanti-nanti, WhatsApp kini memperkenal ciri yang sudah lama ditawarkan untuk peranti Android, iaitu memudahkan pengguna iPhone menghantar gambar atau video sebagai dokumen.

Sama seperti ciri baharu yang lain, ia tersedia secara berperingkat untuk pengguna iOS versi stabil, yang menjalankan versi terkini aplikasi WhatsApp.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Akses Dua Akaun Dalam Satu Telefon
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Ini Cara Lindungi Alamat IP Dalam Panggilan WhatsApp

Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna memilih gambar atau video secara terus daripada galeri mereka, untuk dihantar sebagai dokumen. Ia seterusnya dapat mengekalkan kualiti asal tanpa compress dan sebagainya.

Menurut WhatsApp, perkongsian melalui dokumen ini menyokong saiz fail sehingga 2GB.

Ya, pengguna tidak lagi perlu guna cara lama yang agak sukar – simpan gambar atau video di aplikasi “Files”, kemudian baru boleh menghantarnya sebagai dokumen.

Cara terkini hantar gambar, video sebagai dokumen

Untuk menghantar gambar atau video sebagai dokumen menggunakan peranti iOS, ikut langkah mudah di bawah ini.

1. Buka aplikasi WhatsApp di peranti iOS dan pilih mana-mana perbualan, sama ada kumpulan atau individu.

2. Tekan “+” di bahagian kiri bar teks.

3. Pilih “Document” dan klik “Choose Photo or Video” untuk memilih gambar atau video secara terus daripada galeri.

whatsapp iphone fail

Kemudian, tekan hantar.

Seperti dinyatakan, ciri ini tersedia secara berperingkat untuk pengguna iPhone dan tidak perlu risau jika belum menerimanya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY