Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp mutilple account 2

WhatsApp Perkenal Akses Dua Akaun Dalam Satu Telefon

Diterbitkan Oktober 19, 2023 ยท Dikemas kini Oktober 19, 2023 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini mengumumkan keupayaan untuk mempunyai dua akaun dalam satu aplikasi dan telefon.

Berkaitan

  • Cara Pautkan Akaun WhatsApp Ke Peranti Lain
  • WhatsApp Kini Hadir Dengan Sokongan Passkeys Untuk Pengguna Android
  • WhatsApp Tidak Lagi Sokong Versi Android dan iOS Terdahulu Selepas 24 Oktober 2023

Dengan ciri ini, pengguna boleh mengakses dua akaun yang dilog masuk dalam satu aplikasi WhatsApp, tanpa perlu menggunakan dua telefon berbeza untuk beralih antara kedua-dua akaun.

Namun, untuk menyediakan akaun kedua WhatsApp, pengguna perlu mempunyai nombor telefon atau kad SIM kedua.

Setelah itu, buka tetapan di aplikasi WhatsApp dan klik anak panah yang tertera di sebelah nama. Kemudian, tekan “Tambah Akaun”.

WhatsApp multiple account

Sebagai tambahan, pengguna boleh mengawal tetapan privasi dan pemberitahuan pada setiap akaun.

Seperti biasa, ciri ini dijangka akan dilepaskan secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang.

Dalam pada itu, WhatsApp turut mengingatkan pengguna untuk menggunakan WhatsApp rasmi dan tidak memuat turun versi tiruan atau palsu sebagai cara untuk mendapatkan lebih banyak akaun pada telefon.

Sumber: WhatsApp blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY