Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

Pengguna iOS 26 Mula Terima Rekaan ‘Liquid Glass’ Di WhatsApp

Diterbitkan April 15, 2026 · Dikemas kini April 15, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini memperluaskan ketersediaan rekaan Liquid Glass kepada lebih ramai pengguna iPhone, menjadikan pengalaman penggunaan aplikasi itu semakin selari dengan antara muka yang diperkenalkan dalam iOS 26.

Perubahan ini turut melibatkan WhatsApp Business, yang sebelum ini hanya menerima sokongan terhad untuk rekaan tersebut. Kini, lebih ramai pengguna mula mendapat akses kepada antara muka (UI) Liquid Glass selepas mengemas kini aplikasi kepada versi terkini di App Store.

whatsapp liquid glass wiser_2

Antara perubahan paling ketara boleh dilihat pada bar tab yang kini kelihatan seperti terapung dan tidak lagi statik seperti sebelum ini. Ia menggunakan kesan lutsinar yang membolehkan elemen latar belakang kelihatan secara halus.

Selain itu, butang dan menu konteks turut menerima sentuhan baharu dengan gaya kaca beku (frosted glass) lutsinar, disertakan animasi yang lebih lancar apabila ditekan.

Walaupun beberapa bahagian sudah menerima perubahan, UI Liquid Glass dalam aplikasi masih belum lengkap sepenuhnya. Menurut WABetaInfo, ciri ini masih dalam fasa pembangunan aktif dengan WhatsApp akan terus menambah baik dan menguji konsistensi visual di seluruh aplikasi.

Buat masa ini, ketersediaan ciri ini masih bergantung kepada peringkat pelancaran. Lebih ramai pengguna dijangka akan menerimanya secara berperingkat, sebelum pelancaran rasmi diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • WhatsApp Bangunkan Ciri Pembatalan Hingar Untuk Panggilan Suara, Video
  • WhatsApp Kini Hadir Dengan Sejumlah Ciri Baharu
  • WhatsApp Mula Papar Gambar Dari 'Contacts' Jika Profil Kosong
  • Aplikasi WhatsApp Kini Tersedia Di Apple CarPlay

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY