Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

WhatsApp Bangunkan Pelan Langganan ‘WhatsApp Plus’ Untuk Android, iOS

Diterbitkan Mac 6, 2026 · Dikemas kini Mac 6, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan satu pelan langganan premium, WhatsApp Plus, yang akan ditawarkan sebagai pilihan kepada pengguna Android dan iOS.

Melalui WhatsApp Plus, pengguna dijangka menerima beberapa ciri tambahan yang memberi lebih pilihan untuk menyesuaikan aplikasi.

Antaranya termasuk pilihan menukar tema dan ikon aplikasi. WhatsApp juga dilaporkan menyediakan sehingga 14 ikon baharu bersama pelbagai pilihan warna bagi elemen antara muka.

WhatsApp Plus_WABetaInfo_1

Menurut WABetaInfo, ciri premium yang membolehkan sehingga 20 perbualan dipinkan, berbanding had standard tiga perbualan, turut akan disertakan dalam pelan ini. Ini bermakna, pengguna boleh menambah 17 lagi perbualan yang dipinkan selain had sedia ada.

WhatsApp Plus_WABetaInfo_2

Selain itu, WhatsApp Plus juga dijangka menawarkan beberapa nada dering eksklusif yang hanya tersedia untuk pelanggan berbayar.

WhatsApp Plus_WABetaInfo_3

Walaupun ciri yang diketahui setakat ini mungkin kelihatan agak biasa, pelan ini dijangka menyediakan lebih banyak ciri menarik dari semasa ke semasa. Tidak mustahil sekiranya WhatsApp Plus turut menawarkan pengalaman penggunaan yang kurang atau bebas daripada iklan dalam Status dan Saluran yang dipromosikan.

Seperti dinyatakan, WhatsApp Plus adalah sepenuhnya pilihan dan pengguna tidak wajib melanggan untuk terus menggunakan WhatsApp.

Semua fungsi penting aplikasi, termasuk menghantar dan menerima mesej, membuat panggilan suara dan video, berkongsi media, menyertai perbualan kumpulan serta ciri privasi dan keselamatan, akan terus boleh digunakan oleh semua pengguna tanpa sebarang bayaran.

Setakat ini, WhatsApp masih belum mengesahkan harga atau tarikh pelancaran rasmi bagi pelan ini, dan ciri-ciri yang disebut mungkin berubah sebelum dilancarkan secara meluas.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY