Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Mula Paparkan Iklan Dalam Status Kepada Semua Pengguna

WhatsApp Mula Paparkan Iklan Dalam Status Kepada Semua Pengguna

Diterbitkan Februari 27, 2026 · Dikemas kini Mac 4, 2026 oleh Amalina Athman

Pada Jun tahun lalu, WhatsApp telah memperkenalkan ciri iklan dalam Status dan Saluran yang Dipromosikan (Promoted Channels), membawakan kandungan tajaan terus ke dalam tab Updates.

Pada awalnya, kandungan tajaan hanya tersedia untuk sebilangan pengguna di beberapa negara terpilih.

Kini, WhatsApp mengumumkan ciri ini tersedia secara global. Ini bermakna, pengguna mungkin akan mula melihat iklan dalam tab ‘Updates’ jika ia belum dipaparkan sebelum ini.

iklan dalam status whatsapp

Seperti di Instagram, WhatsApp mengatakan ciri ini membolehkan pengguna menemui perniagaan dan saluran baharu yang mungkin menarik minat secara terus dalam aplikasi.

Promoted Channels and ads in Status are available globally now, so you’ll likely start seeing them in the Updates tab if you haven’t yet.

These features help you find businesses and Channels to connect with right in WhatsApp. Your personal messages are end-to-end encrypted and…

— WhatsApp (@WhatsApp) February 26, 2026

Namun, perlu diketahui bahawa paparan iklan hanya akan muncul dalam tab Updates. Pengguna tidak akan melihat iklan di bahagian lain dalam aplikasi, dan kandungan tajaan kekal terpisah daripada mesej peribadi, panggilan dan fungsi utama WhatsApp.

WhatsApp Mula Paparkan Iklan Dalam Status Kepada Semua Pengguna

WhatsApp turut memberi jaminan tidak akan menjual atau berkongsi nombor telefon pengguna kepada pengiklan. Mesej peribadi, panggilan dan kumpulan yang disertai pengguna juga tidak akan digunakan untuk menentukan iklan yang mungkin dipaparkan.

Lebih penting, panggilan, mesej peribadi dan Status pengguna kekal disulitkan hujung ke hujung.

Berkaitan

  • WhatsApp Akan Mula Papar Iklan - Ini Apa Pengguna Perlu Tahu
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Threads Mula Paparkan Iklan Kepada Semua Pengguna Minggu Depan
  • WhatsApp Perkenal Sejarah Mesej Kumpulan, Mudahkan Ahli Baru Ikuti Perbualan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY