Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
platform Meta_1

Meta Bakal Uji Langganan Premium Untuk Facebook, WhatsApp, Instagram

Diterbitkan Januari 28, 2026 oleh Amalina Athman

Meta merancang untuk menguji langganan premium yang memberi akses kepada ciri eksklusif dalam aplikasi Instagram, Facebook dan WhatsApp, kata syarikat itu kepada TechCrunch.

Langganan ini dilaporkan akan menawarkan lebih banyak peluang untuk produktiviti dan kreativiti, berserta ciri kecerdasan buatan (AI) yang diperluas.

Setiap aplikasi dijangka akan mempunyai set ciri premium tersendiri, memberikan pengguna lebih kawalan terhadap cara perkongsian dan berhubung, sambil mengekalkan ciri asas secara percuma.

Sebagai contoh, bagi Instagram, pelanggan premium mungkin boleh membuat senarai audiens tanpa had, melihat pengikut yang tidak mengikuti mereka semula dan melihat Stories secara senyap.

👆🏻 #Instagram is working on a new paid subscription** that will offer new perks, including the ability to create unlimited audience lists, see the list of followers who don’t follow you back and sneak a peek at a story without showing that you’ve viewed it 👀 pic.twitter.com/cQp6xUEzOY

— Alessandro Paluzzi (@alex193a) January 22, 2026

Difahamkan, Meta ketika ini masih belum membuat keputusan muktamad mengenai apa yang akan ditawarkan dalam setiap langganan, dengan syarikat itu merancang untuk menguji pelbagai ciri serta pakej langganan.

Namun begitu, perlu diketahui bahawa langganan baharu ini adalah berasingan daripada Meta Verified. Gergasi teknologi itu berkata ia akan menggunakan pengalaman daripada Meta Verified untuk mengembangkan perniagaan langganannya dengan lebih banyak tawaran yang dipercayai sesuai untuk pengguna biasa, pencipta kandungan dan perniagaan.

Selain itu, menurut WABetaInfo, langganan ini juga berbeza daripada yang dilaporkan sebelum ini, yang menawarkan pengalaman tanpa iklan di tab Updates untuk pengguna di Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom.

Berkaitan

  • Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Akses Meta AI
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza
  • Meta Umum Guna Tenaga Nuklear Untuk Pusat Data AI
  • WhatsApp Bangunkan Ciri Langganan Tanpa Iklan Untuk Pengguna Di Eropah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY