Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

WhatsApp Bangunkan Ciri Langganan Tanpa Iklan Untuk Pengguna Di Eropah

Diterbitkan Januari 26, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan satu pelan langganan pilihan yang akan membuang sepenuhnya iklan daripada tab “Updates”, iaitu bahagian yang menempatkan Status dan Saluran. 

Melalui pelan ini, pengguna yang melanggan tidak lagi akan melihat iklan di tab tersebut, termasuk iklan yang biasanya dipaparkan selepas melayari beberapa kemas kini Status.

Namun begitu, pelan langganan ini dijangka hanya akan ditawarkan kepada pengguna di Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom.

Sama seperti yang ditawarkan kepada pengguna Facebook dan Instagram, langkah ini dipercayai berkait dengan keperluan peraturan di rantau tersebut. Ia membolehkan pengguna memilih sama ada untuk terus menggunakan tab tersebut dengan iklan atau beralih kepada pengalaman tanpa iklan melalui langganan.

WhatsApp Bangunkan Ciri Langganan Tanpa Iklan Untuk Pengguna Di Eropah

Sebagai rujukan, WhatsApp pada tahun lalu mengumumkan paparan Iklan dalam Status, yang diselitkan di antara kemas kini status lain, mirip seperti iklan di Instagram Stories. Sementara itu, iklan pada Saluran Dipromosikan (Promoted Channels) pula akan muncul apabila pengguna menekan butan “Explore” untuk mencari saluran baharu.

Berkaitan

  • WhatsApp Akan Mula Papar Iklan - Ini Apa Pengguna Perlu Tahu
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Cara Tambah Akaun Kedua WhatsApp Di iPhone
  • Carian 'Sticker' Di WhatsApp Kini Lebih Mudah

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY