Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp dua phone

Sejumlah Pengguna WhatsApp Mula Terima Ciri Kongsi Status Dengan Nombor Tidak Disimpan

Diterbitkan Mac 2, 2026 · Dikemas kini Mac 2, 2026 oleh Amalina Athman

Sejumlah pengguna WhatsApp di Android, iOS dan web kini mula menerima ciri baharu yang membolehkan kemas kini Status dilihat oleh nombor yang tidak disimpan dalam senarai kenalan.

Menurut WABetaInfo, perkongsian Status secara terbuka ini berlaku apabila pengguna memilih tetapan “My contacts” atau “My contacts except..”. Kini, pilihan itu turut membolehkan Status dikongsi dengan individu yang baru dihubungi, sama ada melalui panggilan atau mesej.

Difahamkan, perkongsian Status dengan nombor yang tidak disimpan akan dihentikan secara automatik sekiranya tiada interaksi terkini.

Di pihak penerima, Status daripada nombor yang tidak disimpan akan memaparkan nama penghantar dengan simbol ‘~’, diikuti nombor telefon. Cara ini memudahkan pengguna mengenal pasti Status tersebut bukan daripada kenalan.

Sejumlah Pengguna WhatsApp Mula Terima Ciri Kongsi Status Dengan Nombor Tidak Disimpan

Sebelum ciri ini diperkenalkan, kemas kini Status hanya boleh dilihat jika kedua-dua pihak menyimpan nombor masing-masing dan tetapan privasi membenarkan.

Dengan ciri baharu ini, langkah itu tidak lagi diperlukan jika terdapat interaksi terkini antara pengguna. Ciri ini dijangka lebih berguna apabila WhatsApp memperkenalkan nama pengguna tahun ini.

Di Malaysia, beberapa pengguna dilihat telah mula menerima ciri ini. Walaupun ada yang menyangka ia pepijat, laporan WABetaInfo setakat ini menjelaskan ciri perkongsian Status dengan nombor tidak disimpan merupakan ciri baharu yang tersedia kepada sebilangan pengguna di negara terpilih.

Dari semasa ke semasa, WhatsApp mungkin akan terus memperhalusi sistem ini untuk menjadikannya lebih jelas siapa yang boleh melihat kemas kini Status.

Berkaitan

  • WhatsApp Akan Perkenal Ciri 'Username' Pada 2026
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar Mesej Berjadual
  • WhatsApp Mula Paparkan Iklan Dalam Status Kepada Semua Pengguna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY