Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Bangunkan Ciri Pembatalan Hingar Untuk Panggilan Suara, Video

Diterbitkan Mac 18, 2026 ยท Dikemas kini Mac 19, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri pembatalan hingar terbina ( built-in noise cancellation) untuk panggilan suara dan video di platform pemesejan itu.

Seperti dilaporkan WABetaInfo, ciri baharu ini direka untuk mengurangkan bunyi latar, dan dijangka menawarkan tahap kejelasan lebih baik dalam perbualan.

WhatsApp built in noise cancelling

Sebagai rujukan, teknologi pembatalan hingar boleh mengenal pasti dan menapis bunyi latar yang tidak diingini, seperti bunyi trafik, angin atau perbualan orang sekitar. Ia berfungsi dengan menumpukan pada suara pengguna dan meminimumkan isyarat audio lain secara masa nyata.

Ketika ini, aplikasi WhatsApp di Android tidak menyokong pembatalan hingar. Sebaliknya, pengguna iOS boleh menggunakan mod mikrofon seperti Voice Isolation pada tetapan iPhone dan iPad untuk menapis bunyi bising semasa panggilan WhatsApp.

Dengan kemas kini akan datang, pembatalan hingar akan menjadi ciri terbina untuk aplikasi WhatsApp. Apabila diperkenalkan, ciri ini akan diaktifkan secara automatik sebaik panggilan dimulakan, dan pengguna masih boleh mematikannya bila-bila masa melalui menu panggilan.

Buat masa ini, ciri ini masih lagi dalam pembangunan dan belum tersedia untuk penguji beta atau pengguna versi stabil. Ia dijangka meningkatkan kualiti panggilan secara keseluruhan apabila diperkenalkan kelak.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Ciri Baharu Untuk Kawalan Keselamatan Lebih Ketat
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Sejumlah Pengguna WhatsApp Mula Terima Ciri Kongsi Status Dengan Nombor Tidak Disimpan
  • WhatsApp Perkenal 'Akaun Diurus Ibu Bapa' Untuk Pengguna Bawah 13 Tahun
  • WhatsApp Uji Paparan Status Di Bahagian Atas Tab Sembang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY