Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

WhatsApp Uji Paparan Status Di Bahagian Atas Tab Sembang

Diterbitkan Mac 16, 2026 ยท Dikemas kini Mac 16, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan satu perubahan kecil yang membolehkan Status dipaparkan terus di bahagian atas tab ‘Chats’ atau ‘Sembang’.

Dengan menatal sedikit ke bawah, satu baris mendatar yang memaparkan semua Status daripada kenalan akan muncul di atas senarai sembang. Susunan ini membolehkan pengguna melihat kemas kini Status dengan lebih mudah tanpa perlu membuka tab ‘Updates’.

Bagi Status daripada kenalan yang telah disembunyikan, kemas kini tersebut akan ditempatkan dalam satu bahagian berasingan bernama “Hidden”. Dalam bahagian ini, pengguna masih boleh melihat semua kemas kini daripada kenalan yang disembunyikan tanpa mengganggu paparan Status utama.

WhatsApp Uji Paparan Status Di Bahagian Atas Tab Sembang
Foto: WABetaInfo

Namun begitu, buat masa ini ciri tersebut masih lagi dalam fasa pembangunan awal. Bermakna, tiada jaminan sama ada WhatsApp akan terus membangunkan ciri ini atau melancarkannya kepada pengguna.

Banyak ciri dan perubahan diuji secara berkala dalam aplikasi sebelum pelancaran umum. Sebarang keputusan untuk melancarkan ciri ini bergantung kepada hasil pelbagai ujian dan penilaian.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Sejumlah Pengguna WhatsApp Mula Terima Ciri Kongsi Status Dengan Nombor Tidak Disimpan
  • WhatsApp Perkenal 'Akaun Diurus Ibu Bapa' Untuk Pengguna Bawah 13 Tahun
  • Meta Perkenal Alat Pengesanan Penipuan Di Facebook, WhatsApp, Messenger

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY