Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp_featured image

WhatsApp Bakal Benarkan Tetapan Peringatan Untuk Panggilan Tidak Dijawab

Diterbitkan Julai 30, 2025 ยท Dikemas kini Julai 30, 2025 oleh Amalina Athman

Minggu lalu, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menetapkan notifikasi peringatan bagi mesej tertentu dalam perbualan.

Kini, WhatsApp turut memperluaskan ciri tersebut untuk panggilan tidak dijawab (missed call).

Tetapan notifikasi peringatan ini tersedia dalam ruangan chat atau melalui tab “Calls”, dengan pilihan tempoh masa seperti 2 jam, 8 jam dan 24 jam. Selain itu, pengguna juga boleh menetapkan tarikh dan masa tersuai mengikut keperluan masing-masing.

whatsapp notifikasi peringatan panggilan

Apabila tiba waktunya, WhatsApp akan memberikan notifikasi yang memaparkan nama pemanggil, gambar profil dan pautan terus ke perbualan di mana peringatan itu dibuat.

Ciri ini sangat berguna dalam situasi seperti ketika pengguna sedang bermesyuarat, dalam perjalanan atau tidak dapat menjawab panggilan serta-merta tetapi tidak mahu terlupa untuk menghubungi semula.

Seperti peringatan untuk mesej, ciri ini diproses sepenuhnya dalam peranti dan kekal peribadi.

Buat masa ini, ciri notifikasi peringatan untuk panggilan tidak dijawab hanya tersedia kepada sebahagian pengguna beta yang memasang kemas kini terbaru WhatsApp beta untuk Android, dan dijangka akan diperluaskan kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • WhatsApp Bakal Benarkan Pengguna Log Keluar Tanpa Padam Akaun
  • ChatGPT Kini Boleh Jana Imej Dalam WhatsApp - Terhad 1 Sehari, Ini Cara Dapat Lebih
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • WhatsApp Uji Ciri Notifikasi Peringatan Untuk Mesej Dalam Perbualan

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY