Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Boleh Hantar Mesej Tanpa Internet, bitchat mesh Kini Tersedia Di App Store

Boleh Hantar Mesej Tanpa Internet, bitchat mesh Kini Tersedia Di App Store

Diterbitkan Julai 29, 2025 · Dikemas kini Julai 29, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas pelancaran versi beta awal bulan ini, aplikasi pemesejan ciptaan pengasas bersama Twitter Jack Dorsey kini tersedia secara rasmi di App Store.

Dikenali sebagai bitchat mesh, ia merupakan aplikasi pemesejan peer-to-peer berasaskan Bluetooth dan tidak memerlukan sambungan internet. Ia turut dilengkapi sistem penyulitan hujung ke hujung.

Dengan pendekatan yang mengutamakan privasi dan sistem tidak berpusat, bitchat mesh tidak menggunakan pelayan, akaun pengguna atau maklumat peribadi. Ia juga tidak mengumpul sebarang data.

Sebaik sahaja aplikasi dibuka, satu nama pengguna bermula dengan simbol @ akan dijana secara automatik dan boleh diubah jika perlu.

Boleh Hantar Mesej Tanpa Internet, bitchat mesh Kini Tersedia Di App Store

Leret ke kiri atau tekan ikon “users” di penjuru kanan atas untuk melihat senarai pengguna lain yang boleh dihubungi melalui rangkaian peer-to-peer. Pilih mana-mana nama dalam senarai untuk mula berbual secara peribadi.

Selagi ada pengguna lain berdekatan yang turut menggunakan aplikasi ini, mesej akan dihantar dari satu peranti ke peranti lain secara berperingkat. Ia seolah-olah membentuk rangkaian tersendiri, membolehkan mesej sampai ke destinasi walaupun tanpa internet.

there's a new version under review which i think will fix android compatibility.

— jack (@jack) July 28, 2025

Namun begitu, terdapat satu isu yang masih belum diselesaikan. Jack Dorsey mengesahkan versi iOS menghadapi masalah untuk berhubung dengan peranti Android. Pembaikan telah dihantar kepada Apple dan kini menunggu kelulusan sebelum dilepaskan kepada pengguna.

Berkaitan

  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Pengasas Bersama Twitter Cipta Aplikasi Saingi WhatsApp, Tidak Perlu Sambungan Internet
  • Jack Dorsey Cipta Aplikasi Jejak Vitamin D Dengan iPhone Pula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY