Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image a

WhatsApp Bangunkan Ciri ‘Expand’ Berasaskan AI Untuk Suntingan Foto

Diterbitkan Ogos 19, 2026 · Dikemas kini Ogos 19, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pengguna mengembangkan (expand) foto kepada format 9:16 tanpa perlu memotong (crop) bahagian asal gambar.

Menurut laporan WABetaInfo, ciri ini ditemui dalam WhatsApp beta untuk Android 2.26.33.2. Melalui ciri ini kelak, pengguna hanya perlu membuka foto di bahagian penyuntingan dan memilih pilihan “Expand” untuk mengembangkannya.

WhatsApp Bangunkan Ciri ‘Expand’ Berasaskan AI Untuk Suntingan Foto

Selepas pilihan tersebut dipilih, Meta AI akan menganalisis kandungan dalam foto dan menjana bahagian tambahan di sekeliling tepi imej berdasarkan kandungan asal. Dengan cara ini, foto yang asalnya berbentuk segi empat sama atau landskap boleh disesuaikan kepada nisbah 9:16 tanpa perlu memotong sebahagian gambar.

Fungsi ini dijangka berguna khususnya untuk gambar yang mahu dikongsi sebagai Status, terutamanya apabila foto asal mempunyai nisbah yang berbeza daripada 9:16.

Buat masa ini, ciri berkenaan masih dalam fasa pembangunan dan belum tersedia secara umum. Oleh itu, belum dapat dipastikan bila WhatsApp akan menjadikannya tersedia kepada semua pengguna atau sama ada ia akan dilancarkan secara rasmi.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Akhirnya, WhatsApp Mula Aktifkan Ciri 'Username' Untuk Pengguna Di Malaysia
  • Meta Sahkan Isu Akaun WhatsApp Tiba-Tiba Disekat, Akses Sedang Dipulihkan
  • WhatsApp Tambah Ciri Baharu Untuk Sembang Kumpulan - Naik Taraf Tinjauan, 'Mention' @Semua

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY