Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

Meta Sahkan Isu Akaun WhatsApp Tiba-Tiba Disekat, Akses Sedang Dipulihkan

Diterbitkan Ogos 4, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 4, 2026 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa hari lalu, ramai pengguna WhatsApp termasuk di Malaysia, melaporkan akaun tiba-tiba disekat dan diletakkan dalam status “Account in review”.

Perkongsian mengenai isu ini mula tular di platform seperti X dan Threads selepas pengguna mendapati mereka tidak lagi dapat mengakses akaun masing-masing.

Apabila cuba log masuk, WhatsApp memaparkan mesej bahawa aktiviti akaun dan maklumat peranti sedang diperiksa bagi memastikan ia mematuhi Terma Perkhidmatan. Pengguna turut dimaklumkan bahawa keputusan semakan lazimnya akan diberikan dalam tempoh 24 jam.

WhatsApp account in review
Foto: Pengguna di Threads

Memetik laporan TechCrunch, Meta mengesahkan isu tersebut dan memaklumkan pihaknya sedang berusaha memulihkan akaun yang terjejas. Bagaimanapun, syarikat itu tidak mendedahkan punca sebenar masalah berkenaan atau sama ada ia hanya melibatkan pengguna di negara atau rantau tertentu.

“Kami sentiasa berusaha mengesan dan menyekat pihak yang cuba menyalahgunakan perkhidmatan kami bagi membantu memastikan pengguna lain kekal selamat. Ada kalanya kami tersilap, dan jika itu berlaku, kami akan cuba membetulkannya secepat mungkin supaya pengguna dapat kembali menggunakan WhatsApp. Kami telah mengambil tindakan untuk memulihkan akaun yang terjejas,” kata jurucakap syarikat.

Ketika ini, WhatsApp mempunyai lebih 3.3 bilion pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Walaupun gangguan ini dipercayai hanya melibatkan sebahagian kecil pengguna, ia masih berpotensi menjejaskan ribuan akaun memandangkan skala penggunaan platform tersebut.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • WhatsApp Kini Boleh Didaftar Terus Di iPad, Turut Bawa 3 Ciri Baharu
  • WhatsApp Perkenal Ciri Panggilan Baharu - Panggilan Web, QuickHD, Ruang Menunggu
  • Akhirnya, WhatsApp Mula Aktifkan Ciri 'Username' Untuk Pengguna Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY