Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Bangunkan Ciri Akaun Sekunder Dengan Kawalan Ibu Bapa

Diterbitkan Januari 8, 2026 · Dikemas kini Januari 8, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan ibu bapa mengurus akaun sekunder dengan akses terhad, seperti profil yang menghalang akses kepada ciri-ciri tertentu dalam aplikasi.

Menurut perkongsian WABetaInfo, akaun sekunder ini akan dipautkan kepada akaun ibu bapa melalui sambungan khas. Ia membolehkan kedua-dua profil dihubungkan tanpa menjejaskan privasi mesej dan panggilan.

Sebaik sahaja dipautkan, ibu bapa akan mempunyai akses untuk menyemak serta mengurus tetapan privasi akaun sekunder, termasuk kawalan terhadap siapa yang dibenarkan menghantar mesej dan membuat panggilan.

WhatsApp Bangunkan Ciri Akaun Sekunder Dengan Kawalan Ibu Bapa

Secara default, akaun sekunder hanya membenarkan interaksi dengan kenalan sahaja. Tetapan ini bertujuan mengurangkan risiko mesej tidak diingini dan menghalang individu tidak dikenali daripada menghubungi kanak-kanak secara terus.

Selain kawalan interaksi, akaun sekunder juga akan berkongsi kemas kini tertentu berkaitan aktiviti akaun dan sembang dengan akaun utama. Ia mungkin tertumpu pada corak penggunaan umum atau perubahan pada tetapan penting.

Bagaimanapun, kandungan mesej tidak akan dikongsi kerana penyulitan hujung ke hujung akan terus melindungi perbualan, memastikan komunikasi peribadi kekal tidak boleh diakses.

Buat masa ini, ciri yang menawarkan kawalan khusus untuk membantu ibu bapa mengurus akaun sekunder dengan fungsi terhad masih dalam pembangunan dan dijangka diperkenalkan menerusi kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • WhatsApp Akan Perkenal Ciri 'Username' Pada 2026
  • Pengguna WhatsApp Di iOS Mula Terima Ciri Log Masuk Berbilang Akaun
  • Pakar Dedah Helah Mudah Untuk Godam WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY