Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WHATSAPP FEATURED 2025 IOS

Pakar Dedah Helah Mudah Untuk Godam WhatsApp

Diterbitkan Disember 19, 2025 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan siber memberi amaran tentang satu taktik penipuan baharu yang membolehkan penggodam mengambil alih akaun WhatsApp dengan cara memautkan peranti baharu tanpa disedari mangsa.

Serangan ini bermula apabila mangsa menerima mesej ringkas daripada kenalan sendiri, mengandungi pautan kononnya berkaitan gambar atau berita tentang mereka.

Tapi yang sebenarnya pautan tersebut membawa mangsa ke laman web palsu yang menyerupai paparan kandungan Facebook.

Pakar Dedah Helah Mudah Untuk Godam WhatsApp
Pakar Dedah Helah Mudah Untuk Godam WhatsApp
Pakar Dedah Helah Mudah Untuk Godam WhatsApp

Mangsa kemudian diminta memasukkan nombor telefon dan seterusnya kod pengesahan yang dipaparkan — tanpa menyedari bahawa kod itu sebenarnya meluluskan permintaan WhatsApp untuk memautkan peranti baharu milik penggodam.

Melalui akses ini, penggodam boleh membaca perbualan lama, menerima mesej secara langsung, melihat media, serta menyebarkan penipuan kepada kenalan lain.

Apa yang lebih membimbangkan adalah akaun mangsa masih berfungsi seperti biasa, menjadikan pencerobohan ini sukar dikesan.

Justeru, pengguna dinasihatkan menyemak peranti yang dipautkan dengan akaun WhatsApp (Linked Devices) secara berkala dan memutuskan sebarang peranti yang tidak dikenali.

Pakar Dedah Helah Mudah Untuk Godam WhatsApp

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Aplikasi Intip Dikesan Aktif Menyasarkan Pengguna WhatsApp
  • Malaysia Ada Dua Rangkaian 5G Tapi Prestasi Menurun, Apa Puncanya?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY