Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp featured image_medium

WhatsApp Bangunkan Ciri AI Untuk Janaan Imej Pengguna

Diterbitkan Julai 2, 2024 · Dikemas kini Julai 2, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp dilapor sedang membangunkan ciri pilihan untuk membolehkan pengguna menjana imej diri sendiri menggunakan Meta AI.

Berkaitan

  • Lebih 12 Negara Mula Terima Ciri AI Generatif Di WhatsApp
  • Penting Tambah E-mel Pada Akaun WhatsApp, Ini Sebab Dan Caranya
  • WhatsApp Kini Bolehkan Tetapan Kualiti Media Dalam HD Secara 'Default'
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Guna 'Filter' Untuk Panggilan Video
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Seperti dikongsikan oleh WABetaInfo, ciri ini membolehkan pengguna mengambil satu set foto (gambar persediaan), yang kemudiannya akan digunakan oleh Meta AI untuk menjana imej AI. Set foto tersebut boleh ditetapkan semula atau dipadamkan pada bila-bila masa melalui tetapan Meta AI.

whatsapp imej AI_1

Setelah selesai tetapan gambar persediaan, pengguna boleh meminta Meta AI menjana imej AI dengan menaip “Imagine me…”.

whatsapp imej AI_2

Dalam erti kata lain, gambar persediaan itu digunakan sebagai default untuk menjana imej AI, tanpa mengira mana-mana persekitaran dari hutan hingga ke angkasa lepas.

Sebagai tambahan, pengguna juga boleh menggunakan ciri ini dalam sembang lain dengan menaip “@Meta AI imagine me…”.

Namun, perlu diketahui bahawa Meta AI tidak boleh membaca mesej lain, kerana arahan diproses secara berasingan, dan mesej imej yang terhasil akan dikongsi secara automatik dalam perbualan oleh aplikasi, bagi memastikan privasi pengguna sentiasa dipelihara.

Selain itu, ciri janaan imej AI adalah pilihan – bermakna pengguna yang ingin menggunakan ciri ini mesti mengaktifkannya secara manual dalam tetapan aplikasi dan mengambil gambar persediaan terlebih dahulu.

Buat masa ini, ciri yang membolehkan pengguna menjana imej diri sendiri menggunakan Meta AI masih dalam pembangunan dan dijangka akan tersedia dalam kemas kini akan datang.

Sumber: WABetaInfo 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY