Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Guna ‘Filter’ Untuk Panggilan Video

Diterbitkan Jun 19, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp sedang membangunkan ciri augmented reality (AR) atau realiti terimbuh bagi membolehkan pengguna menambah kesan khas (effect) dan filter untuk panggilan di platform pemesejan itu kelak.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Akhirnya, Pengguna WhatsApp Mula Terima Ciri Paling Ditunggu-Tunggu
  • Penting Tambah E-mel Pada Akaun WhatsApp, Ini Sebab Dan Caranya
  • WhatsApp Kini Bolehkan Tetapan Kualiti Media Dalam HD Secara 'Default'

Menurut WABetaInfo, kedua-dua ciri ini akan membolehkan pengguna menambah elemen interaktif pada panggilan video, selain meningkatkan pengalaman visual secara keseluruhan.

filter effect whatsapp

Contohnya, ia dapat meningkatkan penampilan semula jadi pengguna semasa panggilan video melalui filter wajah yang boleh melicinkan atau mencerahkan kulit, menambah gincu, pemerah pipi dan sebagainya.

Selain itu, WhatsApp juga sedang membangunkan alat untuk suntingan latar belakang semasa panggilan – seakan yang tersedia di platform telesidang lain.

Buat masa ini, ciri AR untuk panggilan video masih dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY