Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

Penting Tambah E-mel Pada Akaun WhatsApp, Ini Sebab Dan Caranya

Diterbitkan Jun 13, 2024 ยท Dikemas kini Mac 11, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp beberapa bulan lalu telah menambah ciri sokongan e-mel untuk akses atau log masuk ke akaun pengguna.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • WhatsApp Kini Dengan Wajah Baharu - Lebih Segar, Mudah Diakses
  • Cara Elak Dimasukkan Grup WhatsApp Tak Diingini
  • Akhirnya, Pengguna WhatsApp Mula Terima Ciri Paling Ditunggu-Tunggu

Ia boleh dikategorikan sebagai ciri penting di WhatsApp kerana membolehkan pengguna menerima kod 6 digit melalui e-mel.

Dengan ciri ini, WhatsApp memberikan kaedah altenatif untuk mengakses platform pemesejan itu. Terutamanya jika tidak boleh mendapatkan kod 6 digit melalui SMS atau panggilan telefon buat sementara waktu atas sebab tertentu, seperti tiada sambungan rangkaian, sim rosak dan sebagainya.

Mungkin ada yang menyedari ketersediaan ciri ini tetapi memilih untuk tidak menggunakannya. Bagi mendapatkan lapisan keselamatan tambahan dan pengalaman yang lebih baik, pengguna disarankan untuk menambah e-mel pada akaun WhatsApp.

Cara tambah e-mel di akaun WhatsApp

Berikut merupakan cara mudah untuk menambah e-mel pada akaun WhatsApp:

  1. Buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke Settings > Account > Email address.
  2. Kemudian, tekan “Add email” dan masukkan alamat e-mel yang aktif untuk menerima kod pengesahan.
  3. Masukkan kod pengesahan 6 digit yang diterima melalui e-mel dan tekan “Verify”.
  4. Selesai.

emel whatsapp_1

Perlu diketahui, pengguna boleh menukar alamat e-mel pada bila-bila masa melalui tetapan yang sama.

emel whatsapp_2

Sekiranya perlu mendaftar semula nombor telefon, pengguna juga boleh menggunakan e-mel yang disahkan untuk masuk semula ke akaun WhatsApp tersebut.

Itu sahaja tips untuk kali ini dan semoga bermanfaat. Tinggalkan komen di platform media sosial kami jika ada sebarang cadangan atau penambahbaikan.

Rujukan: WhatsApp (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY