Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Akhirnya Hadir Untuk Apple Watch

WhatsApp Akhirnya Hadir Untuk Apple Watch

Diterbitkan November 5, 2025 · Dikemas kini November 5, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini melancarkan aplikasi rasminya untuk Apple Watch, membolehkan pengguna berinteraksi dengan mesej secara terus dari pergelangan tangan tanpa perlu mengeluarkan iPhone.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membaca dan membalas mesej, memberi reaksi, melihat imej dan pelekat, merakam serta menghantar mesej suara serta menerima notifikasi panggilan.

Selain itu, aplikasi ini turut membolehkan pengguna melihat lebih banyak sejarah sembang pada skrin semasa membaca mesej.

WhatsApp, now on Apple Watch 🤩 pic.twitter.com/CymJF1gPEU

— WhatsApp (@WhatsApp) November 4, 2025

Menurut WhatsApp, semua mesej dan panggilan peribadi kekal dilindungi menerusi penyulitan hujung ke hujung.

Dari segi ketersediaan, aplikasi WhatsApp untuk Apple Watch memerlukan Apple Watch Series 4 atau lebih baharu yang menjalankan watchOS 10 atau lebih terkini.

Berkaitan

  • Selepas 15 Tahun, Aplikasi WhatsApp Akhirnya Tersedia Di iPad
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • WhatsApp Akhirnya Sokong 'Live Photos', 'Motion Photos'
  • WhatsApp Uji Ciri Baharu Untuk Hadkan Mesej Tanpa Respons
  • Tiada Lagi ChatGPT Di WhatsApp Selepas 15 Januari 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY