Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

WhatsApp Uji Ciri Baharu Untuk Hadkan Mesej Tanpa Respons

Diterbitkan Oktober 21, 2025 · Dikemas kini Oktober 21, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang bertujuan mengehadkan jumlah mesej yang boleh dihantar dalam perbualan baharu apabila penerima tidak memberi sebarang respons.

Semua mesej yang dihantar oleh pengguna dan perniagaan kepada individu lain akan dikira dalam had bulanan, kecuali jika mesej tersebut dibalas. Sebagai contoh, jika seseorang menghantar tiga mesej kepada kenalan baharu, ia akan dikira dalam had yang ditetapkan.

Pengguna juga akan menerima notifikasi apabila hampir mencapai atau sudah melepasi had mesej bulanan, bagi membolehkan pemantauan aktiviti mesej dengan lebih jelas dan terkawal.

WhatsApp Uji Ciri Baharu Untuk Hadkan Mesej Tanpa Respons
Foto: WABetaInfo

Walau bagaimanapun, ciri ini tidak akan menjejaskan perbualan sedia ada, dan pengguna masih boleh membalas mesej seperti biasa.

Sebaliknya, langkah ini direka untuk menyasarkan individu serta perniagaan yang menghantar mesej secara besar-besaran dan menimbulkan gangguan melalui mesej spam dan komunikasi yang tidak diingini.

Menurut laporan TechCrunch, ciri ini masih dalam fasa ujian dan WhatsApp belum mendedahkan jumlah had sebenar yang akan digunakan. Ujian tersebut dijangka dijalankan di beberapa negara dalam minggu-minggu akan datang.

Berkaitan

  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Jadualkan Panggilan
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • WhatsApp Kini Boleh Terjemah Mesej
  • WhatsApp Akhirnya Sokong 'Live Photos', 'Motion Photos'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY