Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Waze Tambah 5 Ciri Baharu – Termasuk Mod Motosikal, Integrasi Gemini

Waze Tambah 5 Ciri Baharu – Termasuk Mod Motosikal, Integrasi Gemini

Diterbitkan Julai 14, 2026 ยท Dikemas kini Julai 14, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini mengumumkan kemas kini untuk Waze dengan lima ciri baharu yang menjadikan aplikasi navigasi itu lebih pintar dan fleksibel. Antara ciri yang diperkenalkan termasuk mod motosikal, navigasi diperibadikan, kawalan arahan suara serta beberapa fungsi baharu berasaskan Gemini.

Mod motosikal kini tersedia di Malaysia

Waze kini memperkenalkan mod motosikal yang direka khas untuk penunggang dua roda.

Berbeza dengan kereta, motosikal boleh menggunakan laluan lebih kecil dan mempunyai keperluan berbeza ketika memilih jalan. Oleh itu, mod ini menggunakan AI untuk mengambil kira laluan sesuai untuk motosikal, termasuk jalan pintas dan sekatan tertentu.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/07/14115712/Motorcycle_hero_2_english.mp4

Selain membantu memberikan anggaran masa ketibaan yang lebih tepat, mod motosikal turut memaparkan amaran kepada penunggang seperti jalan berlubang, bonggol, jambatan sempit dan sebagainya.

Ciri ini kini dilancarkan kepada pengguna Android dan iOS di beberapa negara termasuk Malaysia, Argentina, Brazil, Colombia, Mexico, Peru dan Filipina.

Cadangan laluan mengikut tabiat pemanduan

Waze turut memperkenalkan navigasi lebih diperibadikan dengan menggunakan sejarah perjalanan pengguna untuk memberikan cadangan laluan yang lebih sesuai.

Sebagai contoh, pengguna yang sering memilih lebuh raya berbanding jalan bandar dengan banyak hentian atau jalan kampung, mungkin akan melihat laluan lebuh raya dipaparkan sebagai cadangan utama.

Bagaimanapun, pengguna masih mempunyai pilihan untuk memilih laluan lain atau mematikan ciri personalisasi ini melalui tetapan aplikasi.

Fungsi navigasi diperibadikan kini tersedia kepada pengguna Waze di seluruh dunia.

Kurangkan gangguan dengan mod kurang arahan suara

Bagi pengguna yang gemar mendengar muzik atau podcast ketika memandu, Waze kini menyediakan mod kurang arahan suara.

Waze Tambah 5 Ciri Baharu – Termasuk Mod Motosikal, Integrasi Gemini

Apabila diaktifkan, Waze akan mengurangkan jumlah arahan suara dan hanya memberikan peringatan penting seperti bahaya, simpang dan perubahan lorong.

Ini membolehkan pengguna kekal mendapat maklumat penting tanpa terlalu banyak gangguan sepanjang perjalanan. Ciri ini juga mula dilancarkan secara global untuk Android dan iOS

Laporkan keadaan jalan hanya dengan bercakap

Waze turut memperluaskan penggunaan Gemini melalui ciri Conversational Reporting.

Melalui ciri ini, pengguna boleh melaporkan keadaan jalan menggunakan bahasa biasa tanpa perlu mencari menu tertentu dalam aplikasi.

Waze Tambah 5 Ciri Baharu – Termasuk Mod Motosikal, Integrasi Gemini

Selain melaporkan kesesakan atau insiden trafik, pengguna kini boleh memberitahu Waze mengenai perubahan pada peta seperti jalan ditutup atau alamat yang sudah tidak lagi tepat.

Maklumat tersebut akan dihantar kepada penyunting peta tempatan untuk disahkan sebelum dikemas kini dalam sistem Waze.

Gemini bantu cari destinasi dengan lebih mudah

Satu lagi ciri baharu ialah keupayaan Gemini membantu pengguna mencari lokasi sebelum memulakan navigasi.

Pengguna boleh bertanya melalui arahan suara seperti mencari kedai kopi yang sedang dibuka, tempat letak kereta berdekatan lokasi tertentu atau stesen minyak dengan harga lebih rendah.

Waze kemudian akan memaparkan pilihan yang sesuai dan pengguna boleh terus memulakan perjalanan tanpa perlu menaip secara manual.

Buat masa ini, ciri carian destinasi berasaskan Gemini sedang diperkenalkan kepada komuniti beta Waze secara global untuk Android dan iOS.

Dengan kemas kini ini, Waze bukan sahaja memfokuskan kepada mencari laluan terpantas, tetapi turut memberi lebih banyak kawalan kepada pengguna untuk menyesuaikan pengalaman perjalanan mengikut gaya pemanduan masing-masing.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Maps Perkenal Ciri AI Ask Maps, Kemas Kini 'Immersive Navigation'
  • Android Auto Kini Lebih Pintar: Google Maps 3D, Integrasi Gemini Dan Sokongan Video YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY