sooka, perkhidmatan penstriman dan aplikasi OTT, hari ini mengumumkan beberapa kerjasama strategik bersama peneraju industri termasuk Maxis, Etiqa, U Mobile, Grab, Mae by Maybank2u, Sports Direct, Zus Coffee dan VIU.
Melalui kerjasama ini, pelanggan jenama-jenama terlibat boleh menikmati akses percuma atau diskaun sooka mengikut tawaran berikut:
Maxis (sehingga 31 Januari 2026)
- Pelanggan pascabayar Maxis 139, 169, dan 199 akan menerima akses percuma sooka Premium selama enam bulan.
- Pelanggan Hotlink Prabayar dengan Pas Internet Bulanan RM55 atau Hotlink Pascabayar 45/60/70 yang melanggan Data 2X add-on RM9.90 layak menerima akses 30 hari pelan sooka Sports & Entertainment.
- Pelanggan Maxis Pascabayar dan Hotlink yang lain boleh melanggan sooka Premium pada RM25/bulan (Harga runcit RM50.90) atau tambah pakej Super Streamer (sooka Sports & Entertainment) pada RM15/bulan.
Etiqa (sehingga 31 Januari 2026)
- Semua pengguna sooka baharu dan sedia ada akan menerima pelan Insurans kemalangan peribadi bernilai RM10,000 daripada Etiqa, sah selama 30 hari dari tarikh terima e-mel pengaktifan. Pengguna boleh mendaftar untuk tawaran ini melalui aplikasi sooka.
- Pelanggan Etiqa layak menikmati akses percuma 10 hari pelan Sports & Entertainment sooka dengan baucar digital dihantar melalui e-mel.
U Mobile (sedang berlangsung)
U Mobile menawarkan pakej istimewa U Home 5G x sooka Premium, yang menggabungkan jalur lebar 5G berkelajuan tinggi dengan perkhidmatan penstriman sooka. Tawaran ini boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi MyUMobile.
Grab (sehingga 31 Disember 2025)
- Pengguna Grab boleh menebus pelan 14 hari Sports & Entertainment sooka secara percuma melalui GrabRewards menggunakan mata ganjaran Grab.
- Setiap penebusan akan menerima kod pengaktifan unik untuk akses percuma tempoh percubaan aplikasi sooka.
MAE by Maybank2u (sehingga 31 Disember 2025)
Sebagai sebahagian daripada kempen ‘JOM MAE’, pengguna yang membuka MAE Wallet melalui aplikasi MAE dan melengkapkan proses pendaftaran akan menerima ganjaran tunai serta kod unik untuk mengaktifkan akses percuma kepada pelan sooka Sports & Entertainment selama 14 hari.
Sports Direct (sehingga 26 Februari 2026)
Ahli Sports Direct akan menerima akses percuma 7 hari pelan Sports & Entertainment sooka dengan sebarang pembelian di kedai atau sacara dalam talian melalui laman web Sports Direct.
ZUS Coffee (sehingga 31 Disember 2025)
Pelanggan ZUS Coffee boleh menebus mata ganjaran ZUS melalui aplikasi ZUS Coffee dan menikmati akses percuma 7 hari pelan Sports & Entertainment sooka.
VIU (sedang berlangsung)
Peminat sooka dan VIU kini boleh menikmati kedua-dua platform pada harga diskaun melalui pakej aplikasi sooka-VIU yang baharu. Bermula dari RM21.90 sebulan, pakej ini boleh dibeli di laman web sooka.
Untuk maklumat lanjut mengenai sooka dan sooka TV stick, sila layari sooka.my.
{suggest}