Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iOS Kini Boleh Akses SearchGPT Lebih Mudah

Pengguna iOS Kini Boleh Akses SearchGPT Lebih Mudah

Diterbitkan November 27, 2024 ยท Dikemas kini November 27, 2024 oleh Amalina Athman

Versi terbaru aplikasi ChatGPT kini menambah pilihan “Open SearchGPT” di aplikasi Shortcuts pada iPhone dan iPad, yang membolehkan pengguna membuat pintasan untuk membuka SearchGPT dengan lebih mudah.

Melalui pintasan ini, pengguna boleh membuka perbualan baharu di aplikasi ChatGPT dengan ciri carian web SearchGPT diaktifkan.

Menariknya, pintasan ini juga boleh ditambahkan ke Home Screen atau diaktifkan melalui arahan suara Siri.

Pengguna iOS Kini Boleh Akses SearchGPT Lebih Mudah

Imbas kembali, OpenAI beberapa minggu lalu melancarkan SearchGPT dalam ChatGPT, yang membawakan pengalaman carian berasaskan AI ke tahap lebih baik.

Pada masa ini, SearchGPT hanya tersedia kepada pengguna yang mempunyai akaun ChatGPT Plus dan ChatGPT Teams. Walaupun begitu, OpenAI mengatakan ia akan melancarkan kepada semua pengguna percuma dalam beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • OpenAI Lancar ChatGPT Search, Enjin Carian Dikuasakan AI
  • OpenAI Lancarkan Aplikasi Rasmi ChatGPT Untuk Windows
  • OpenAI Dilapor Pertimbang Bangunkan Pelayar Web Sendiri

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY