Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel Charging Limit Digital Trends

Google Pixel Kelak Mungkin Hadir Dengan Tetapan Had Pengecasan Manual 80%

Diterbitkan Julai 19, 2024 · Dikemas kini Julai 19, 2024 oleh Amalina Athman

Google kini dilapor sedang membangunkan tetapan “pengoptimuman pengecasan” dalam Android 15, yang akan membolehkan pengguna Pixel menetapkan had pengecasan manual kepada 80%.

Ketika ini, Google Pixel telah pun mempunyai ciri Pengecasan Adaptif yang diperkenalkan dengan Pixel Feature Drop pada Disember 2020. Pada mulanya, ciri ini akan mengehadkan pengecasan 80% dan kemudian mengecas peranti secara perlahan sehingga 100%. Namun, ia telah dikemas kini tahun lepas dengan bergantung pada tabiat pengecasan pengguna.

Walaupun Pengecasan Adaptif sahaja sudah lebih daripada mencukupi untuk mengekalkan hayat bateri telefon Pixel, sesetengah pengguna mungkin inginkan pilihan untuk menetapkan had pengecasan secara manual kepada 80%.

Dalam kemas kini Android 15 Beta 4, Android Authority telah menemui string dalam aplikasi SystemUI yang mencadangkan sistem akan memaparkan notifikasi “cuba menghidupkan ciri had 80% bagi melindungi kesihatan dan jangka hayat bateri.”

kod pixel charging limit

Mengikut kod dalam aplikasi, halaman “pengoptimuman pengecasan” akan terletak di bawah Tetapan > Bateri dan mempunyai suis untuk “menggunakan pengoptimuman pengecasan”.

Google Pixel Kelak Mungkin Hadir Dengan Tetapan Had Pengecasan Manual 80%
Google Pixel Kelak Mungkin Hadir Dengan Tetapan Had Pengecasan Manual 80%
Google Pixel Kelak Mungkin Hadir Dengan Tetapan Had Pengecasan Manual 80%
Google Pixel Kelak Mungkin Hadir Dengan Tetapan Had Pengecasan Manual 80%

Setelah diaktifkan, dua butang akan muncul pada halaman, membolehkan pengguna memilih sama ada mod “Adaptive Charging” sedia ada atau mod “had kepada 80%” baharu. Sekiranya memilih had baharu itu, telefon Pixel hanya akan mengecas sehingga baterinya mencapai 80% daripada kapasiti maksimum.

Bagaimanapun, masih belum diketahui jika dan bila tetapan ini akan tersedia dalam kemas kini Android 15 versi stabil.

Berkaitan

  • 5 Ciri Menarik Yang Akan Ditawarkan Pada Android 15
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Google Mengacah Kehadiran Pixel 9 Pro Fold

Sumber: Android Authority

Gambar utama: Digital Trends

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY