Kepelbagaian model telefon pintar di pasaran sememangnya memeningkan pengguna untuk memilih model yang terbaik untuk mereka.
Tetapi antara ciri utama yang menjadi faktor dalam pemilihan sesebuah telefon pintar sudah tentunya faktor saiz storan menjadi spesifikasi dalam pemilihan.
Pengguna sememangnya mahukan saiz storan berganda bagi menampung keperluan saiz fail yang besar bagi pelbagai tujuan terutamanya bagi menyimpan fail foto, video dan pelbagai judul permainan yang dimainkan mereka.
Manakan tidak, foto-foto dan video-video yang diambil dari telefon pintar pastinya diambil dalam kualiti yang tinggi menyebabkan penghasilan saiz fail yang besar.
Sekali gus akan mengambil ruang yang besar untuk disimpan dalam storan peranti. Itu belum lagi fail-fail gambar dan video dari aplikasi pemesejan seperti WhatsApp yang diterima peranti tersebut.
Jadi, saiz storan 128GB dan 256GB yang dulunya dianggap besar kini tidak lagi menarik perhatian.
Sebab itulah pengguna kini lebih tertarik dengan peranti dengan storan 512GB yang pastinya memenuhi keperluan pengguna sekarang.
Tetapi tidak banyak pula model telefon pintar yang ada di pasaran ditawar dengan spesifikasi storan 512GB ketika ini.
Sebab itulah, HONOR yang menyedari akan hal ini menawarkannya kepada pengguna menerusi telefon pintar terbaru mereka HONOR 200 Lite.

HONOR 200 Lite
HONOR mendahului pasaran dengan menawarkan peranti dengan spesifikasi menarik pada harga mampu milik dalam kelasnya.
Jadi tidak hairanlah, HONOR 200 Lite akan meneruskan kecemerlangan legasi peranti sebelum ini, iaitu HONOR 90 Lite yang telah menjadi telefon paling popular di Malaysia untuk 9 bulan berturut-turut dari September 2023 hinggalah Mei 2024.
Pengguna di Malaysia menerusi Pakej Rahmah yang ditawar dari pelbagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah memilih HONOR 90 Lite sebagai pilihan utama mereka.
HONOR 200 Lite pastinya akan meneruskan kecemerlangan dengan spesifikasi terbaik yang berbaloi dimiliki.
Daya penarik utama HONOR 200 Lite adalah saiz storan gergasinya yang memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna yang tidak perlu lagi risau akan isu storan sempit.

Ada Ciri AI Seperti Telefon ‘Flagship’ HONOR
Selain itu, satu lagi ciri moden yang dimuatkan dalam HONOR 200 Lite ini adalah ciri kecerdasan buatan (AI) di mana HONOR AI Magic Portal kini tersedia di HONOR 200 Lite.
Antara ciri AI yang utama pada peranti ini adalah apabila merakam swafoto sudut lebar, AI pada kamera HONOR 200 Lite akan bertukar kepada swafoto 90° secara automatik apabila mengesan terdapat 2 atau lebih orang dalam bingkai foto tersebut.
Malah HONOR 200 Lite juga dilengkapi dengan ciri AI Blur Private Info, Magic Capsule, Parallel Space dan HONOR Global Favourites Space.

Malah bukan itu sahaja, yakin dengan kualiti produknya yang bermutu, HONOR menjanjikan HONOR 200 Lite sebagai sebuah peranti yang tahan lasak, tak mudah pecah.
Sebagai jaminannya, HONOR 200 Lite adalah satu-satunya telefon yang datang dengan 365 Hari Penggantian Retak Depan & Belakang peranti.

Secara keseluruhan, HONOR 200 Lite adalah sebuah peranti dengan spesifikasi berprestasi yang lebih menarik berbanding pesaing lain.
Hanya berharga RM1,299, harga yang ditawarkan itu begitu menarik untuk pengguna memilih HONOR 200 Lite.
Tetapi mengapa bayar kalau anda boleh saja miliki HONOR 200 Lite ini secara percuma.
Lagi berbaloi dengan pelan dari 3 telco
Kini anda boleh miliki HONOR 200 Lite secara percuma menerusi pelan pascabayar dari 3 telco, iaitu CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.
Berikut adalah pakej pelan pascabayar yang ditawar dari telco tersebut yang tersedia untuk HONOR 200 Lite:
1. CelcomDigi
- Sekiranya anda melanggan Pascabayar CelcomDigi 5G 80: 90GB 5G + Extra 60GB 5G (untuk 24 bulan), bayaran untuk HONOR 200 Lite hanya RM199
2. Maxis
- Sekiranya anda melanggan Pascabayar Maxis 139: 120GB 4G/5G data + 360GB 5G data, bayaran untuk HONOR 200 Lite adalah PERCUMA!
- Sekiranya anda melanggan Pascabayar Maxis 109: 100GB 4G/5G data + 200GB 5G data, bayaran untuk HONOR 200 Lite hanya RM99
3. U Mobile
- Sekiranya anda melanggan Pascabayar U Mobile 98: 1000GB 5G data, bayaran untuk HONOR 200 Lite adalah PERCUMA!
- Sekiranya anda melanggan Pascabayar U Mobile 68: 300GB 5G data, bayaran untuk HONOR 200 Lite hanya RM199
Jadi, jom miliki telefon pintar terbaru HONOR 200 Lite yang kaya dengan spesifikasi terkini dan lebih berbaloi dimiliki dengan pelan telco tersebut.
Beli telefon pintar HONOR dari stor rasmi di:
-
Shopee – https://invl.io/clkvpjf
-
Lazada – https://invol.co/clkvpjk
*Artikel ini dibawakan oleh HONOR Malaysia