Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
demonstrator X1.

(Video) Pesawat Elektrik Terbesar Dunia Berjaya Diterbangkan, Kos Elektrik Sekitar RM22 Sahaja

Diterbitkan Ogos 17, 2026 · Dikemas kini Ogos 17, 2026 oleh ariff bukhari

Pesawat elektrik berkuasa bateri terbesar dunia yang dibangunkan oleh Heart Aerospace telah berjaya menerusi pesawat ujian mereka, X1.

Ujian penerbangan ke atas pesawat itu telah dibuat pada 12 Ogos 2026 di Plattsburgh International Airport, New York.

Pesawat berkuasa bateri sepenuhnya itu berjaya diterbangkan selama 27 minit dengan mencapai ketinggian 1,100 kaki (~335 meter) dengan kuasa melebihi satu megawatt, menggunakan hanya sekitar USD5 (~RM22) sahaja tenaga elektrik, jauh lebih murah berbanding kos bahan api jet yang semakin meningkat.

(Video) Pesawat Elektrik Terbesar Dunia Berjaya Diterbangkan, Kos Elektrik Sekitar RM22 Sahaja
X1 berukuran 106 kaki (~32.31 meter) dengan berat lebih 25,000 paun (~ 11,339 kg), berupaya terbang pada kelajuan maksimum 140 kts (~259.28 km/j) dan terbang pada altitud 2,000 kaki (~609 meter).
Heart Aerospace,
Heart Aerospace,
Heart Aerospace X1, Elise-test, Gothenburg, 2024
Heart Aerospace X1, Elise-test, Gothenburg, 2024
(Video) Pesawat Elektrik Terbesar Dunia Berjaya Diterbangkan, Kos Elektrik Sekitar RM22 Sahaja

Menurut CEO Anders Forslund, kejayaan ini bukan sekadar pencapaian teknologi, tetapi bakal mengubah ekonomi penerbangan dengan menjadikan perjalanan udara lebih murah, kerap, dan mesra alam.

X1 dibangunkan sebagai pesawat ujian berskala penuh untuk program ES-30, pesawat hibrid-elektrik serantau berkapasiti 30 tempat duduk.

ES-30 telah menerima komitmen daripada syarikat penerbangan utama seperti United Airlines, Air Canada dan JSX, dengan sasaran memasuki perkhidmatan pada 2031.

ES-30 dijangkakan mampu mengurangkan kos operasi lebih 40% berbanding pesawat serantau tradisional, hasil penjimatan tenaga, penyelenggaraan lebih rendah, serta kebolehpercayaan tinggi.

Langkah seterusnya, Heart Aerospace sedang membina prototaip pra-produksi ES-30 di Los Angeles, dengan ujian penerbangan dijadualkan pada 2028.

Berkaitan

  • Pesawat UAV China Boleh Terbang Menegak, Beroperasi Sejauh 4,000 KM
  • Pesawat Solar Ikonik Kelilingi Dunia Terhempas Di Laut
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Industri Penerbangan Beri Amaran, Bahan Api Lestari Untuk Pesawat Terlalu Mahal
  • Selepas Terbang Hampir 20 Jam Tanpa Henti Dari Perancis, Pesawat Ini Akhirnya Selamat Mendarat Di Australia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY