Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pesawat UAV China Boleh Terbang Menegak, Beroperasi Sejauh 4,000 KM

Posted on Disember 30, 2025

China telah berjaya melakukan penerbangan sulung LanYing R6000, pesawat tanpa pemandu (UAV) jenis tiltrotor seberat 6 tan pertama di dunia di Deyang, Sichuan pada 28 Disember 2025.

Keupayaan unik tiltrotor adalah ia membolehkan pesawat berlepas dan mendarat seperti helikopter, tetapi terbang sepantas pesawat bersayap.

R6000 dilengkapi dengan enjin AES100 yang dibangunkan sendiri oleh AERO Engine Corporation dari China, kata Zhao.

Dengan gabungan kelajuan, jarak dan kapasiti muatan, R6000 berpotensi menjadi aset strategik dalam era penerbangan moden yang semakin menuntut kecekapan dan fleksibiliti.

R6000 mampu membawa muatan sehingga 2,000 kg, dengan kelajuan jelajah 550 km/j dan jarak operasi sekitar 4,000 km pada altitud maksimum 7,620 m.

Ciri ini menjadikannya sesuai untuk pelbagai misi jarak jauh, termasuk logistik, pemantauan, dan sokongan operasi kritikal.

Sebagai pesawat tiltrotor terbesar yang berjaya menyelesaikan penerbangan perdananya di China setakat ini, LanYing R6000 menggunakan reka bentuk aci rotor condong yang canggih.

Penerbangan sulung ini bukan sekadar pencapaian teknikal, tapi pencapaian besar China dalam kawalan penerbangan dan reka bentuk sistem kuasa, sekali gus menghampiri aspirasi China untuk memperkukuh kedudukan dalam bidang UAV berskala besar.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress