Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
260724_Project Sunrise_AF_003

Selepas Terbang Hampir 20 Jam Tanpa Henti Dari Perancis, Pesawat Ini Akhirnya Selamat Mendarat Di Australia

Diterbitkan Julai 27, 2026 ยท Dikemas kini Julai 29, 2026 oleh ariff bukhari

Penerbangan jarak jauh bakal memasuki era baharu apabila pesawat Airbus A350-1000ULR, yang dibina khas untuk merealisasikan penerbangan tanpa henti terpanjang di dunia, akhirnya mendarat di Australia buat kali pertama pada Jumaat, 24 Julai 2026.

Penerbangan bersejarah ini merupakan sebahagian daripada ujian penerbangan bagi Project Sunrise oleh Qantas.

Pesawat canggih ini telah berlepas terus dari kilang pembuatan Airbus di Toulouse, Perancis, sebelum mendarat dengan selamat di Melbourne, melibatkan jarak penerbangan sejauh 23,076 kilometer serta masa penerbangan tanpa henti selama 19 jam dan 12 minit.

260724_Project Sunrise_AF_006
A350-1000ULR ini dihasilkan khusus oleh Airbus untuk Projek Sunrise. Pesawat A350-1000ULR pertama yang siap dicat dengan hiasan rasmi Qantas dinamakan Vega.

Dikendalikan oleh empat juruterbang dan lima jurutera ujian, penerbangan ini menguji pelbagai sistem peranti, terutamanya tangki bahan api tambahan berkapasiti 20,000 liter, sekali gus membolehkan pesawat ini terbang tanpa henti sehingga 22 jam.

Bermula Oktober 2027, Qantas akan mula mengendalikan laluan terus Sydney ke London.

Penerbangan ini bukan sahaja memecahkan rekod dunia, malah dapat menjimatkan masa perjalanan penumpang sehingga empat jam berbanding penerbangan transit sedia ada.

Pesawat pertama ini dijadualkan diserahkan kepada Qantas pada April 2027, daripada keseluruhan 12 buah pesawat yang dipesan.

Setiap pesawat tersebut direka khas dengan ruang yang lebih selesa, memuatkan 238 tempat duduk merentasi empat kelas kabin.

Tiket penerbangan merentasi benua tanpa transit bagi laluan Sydney ke London ini, akan mula dijual pada Februari 2027.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • (Video) Luar Biasa, Unitree Tayang Robot Anjing Beroda, Mampu Bergerak Lincah Sejauh 30 KM
  • Pelajar TVET Politeknik Jeli Bangunkan 'Solar Buggy Car'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY