Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pesawat Solar Ikonik Kelilingi Dunia Terhempas Di Laut

Pesawat Solar Ikonik Kelilingi Dunia Terhempas Di Laut

Diterbitkan Mei 14, 2026 oleh ariff bukhari

Pesawat eksperimen Solar Impulse 2, yang mencipta sejarah dengan melengkapkan penerbangan mengelilingi dunia pada 2016 tanpa menggunakan bahan api jet, dilaporkan terhempas di Teluk Mexico baru-baru ini, menurut pemiliknya.

Diterbangkan oleh juruterbang Switzerland Bertrand Piccard dan Andre Borschberg, Solar Impulse 2 berjaya mengelilingi dunia dalam 17 peringkat penerbangan dengan menempuh jarak sejauh 26,700 batu (43,000 kilometer) merentasi empat benua, dua lautan dan tiga laut dalam tempoh 23 hari penerbangan tanpa setitik bahan api.

Tiga tahun selepas penerbangan bersejarah itu, pesawat berkuasa solar tersebut dijual kepada Skydweller Aero, yang kemudian menukarkannya menjadi dron untuk melaksanakan “pendaratan terkawal di air”, menurut kenyataan media syarikat yang dikeluarkan pada Selasa.

Skydweller Aero berkata Solar Impulse 2 berlepas dari Stennis, Mississippi pada 26 April sebelum terhempas di Teluk Mexico pada 4 Mei.

“Penerbangan rekod selama lapan hari dan 14 minit akhirnya membuktikan realiti penerbangan berterusan menggunakan tenaga solar dalam persekitaran misi berkaitan ketenteraan,” kata syarikat itu merujuk kepada latihan Tentera Laut Amerika Syarikat yang menggunakan pesawat berkenaan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Penyelidik Bangunkan "Cat Ajaib" Mampu Sejukkan Bangunan Dan Hasilkan Air Dari Udara
  • Pengguna Disyor Muat Turun Aplikasi RTMKlik Strim Semua Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY