Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bahan Api Hijau PETRONAS

Industri Penerbangan Beri Amaran, Bahan Api Lestari Untuk Pesawat Terlalu Mahal

Diterbitkan Jun 8, 2026 oleh ariff bukhari

Bahan api penerbangan daripada sumber bukan petroleum kekal sukar didapati dan masih terlalu mahal untuk merealisasikan usaha penyahkarbonan bagi perjalanan udara, menurut kenyataan syarikat-syarikat penerbangan utama dunia pada hari Sabtu dalam satu persidangan di Brazil.

Pengeluaran global bagi bahan api penerbangan lestari (SAF) dijangka mencecah sekitar 2.4 million tan pada tahun 2026, iaitu hanya kira-kira 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan syarikat penerbangan, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

“Ia nampaknya bakal menjadi satu lagi tahun yang mengecewakan bagi pengeluaran SAF,” kata Willie Walsh, Ketua Pengarah IATA yang mewakili sekitar 370 buah syarikat penerbangan, dalam satu kenyataan.

Beliau menarik perhatian dengan berkata bahawa lonjakan mendadak harga bahan api yang berpunca daripada perang yang sedang berterusan di Timur Tengah masih gagal meningkatkan kesedaran mengenai kekurangan bekalan tersebut.

“Kita masih belum melihat sebarang kejutan tenaga, keperluan untuk membangunkan kebebasan tenaga serta peluang pekerjaan, mahupun keterdesakan untuk mengurangkan perubahan iklim dizahirkan dalam bentuk insentif yang diperlukan bagi mewujudkan pasaran SAF yang maju,” kata Walsh.

Tuan rumah persidangan itu, Brazil, merupakan salah satu contoh negara yang mempunyai “potensi yang belum diterokai,” menurut IATA, yang turut menyatakan bahawa negara Amerika Selatan yang luas itu memiliki hampir 120 juta tan potensi bahan mentah untuk SAF menjelang tahun 2030.

Walaupun bahan api jet konvensional adalah berasaskan petroleum, SAF dihasilkan daripada bahan-bahan seperti sisa makanan dan sisa laman, sisa pertanian, serta minyak masak terpakai. – AFP.

Berkaitan

  • Kapal Pengangkut Volkswagen Hanya Guna Bahan Bakar Dari Minyak Masak Untuk Bergerak
  • Buat Pertama Kalinya Airbus Menggunakan Minyak Masak Bagi Menerbangkan Pesawat Penumpang Terbesar Dunia
  • Pesawat Hidrogen-Elektrik, Berlepas Dan Mendarat Menegak Pertama Di Dunia Diperkenalkan
  • Jual Minyak Masak Terpakai Anda Di Stesen PETRONAS, Dapat RM3 Setiap 1 Kg
  • MAS Kini Terbang Dengan Bahan Api Hijau Bancuhan PETRONAS
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY