Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
valorant mobile

Valorant Mobile Akhirnya Diumum, Tapi Anda Belum Boleh Main Lagi

Diterbitkan April 22, 2025 ยท Dikemas kini April 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Kali pertama menjadi perbualan sekitar empat tahun lalu, Riot Games akhirnya bersuara mengenai permainan menembak taktikal 5v5 popular mereka, Valorant hadir dengan versi mudah alih.

Dikenali sebagai Valorant Mobile, Riot Games bekerjasama dengan LIGHTSPEED STUDIOS, pembangun PUBG Mobile. Terdahulu, mereka mengesahkan bahawa Valorant Mobile akan mempunyai banyak persamaan dengan versi PC tetapi ada juga sedikit perbezaan.

valorant mobile

Ia akan menawarkan permainan lebih lancar, peta eksklusif dan mesra untuk versi mudah alih terutama apabila menggunakan ‘skill agent’, mode ‘replay’ yang sudah lama diminta pemain PC dan juga beberapa ganjaran kosmetik semasa pelancarannya kelak.

valorant mobile

Walau bagaimanapun, permainan ini akan dilancarkan secara eksklusif di China terlebih dahulu di mana pemain mereka sudah boleh pra-daftar.

Sekiranya anda tertanya-tanya mengapa China, Riot Games dalam satu video memberi tahu yang China mempunyai pasaran permainan mudah alih terbesar dunia dan juga mempunyai ramai pemain kompetitif dalam genre sebegini. Jadi, sesuai untuk mereka menguji permainan tersebut di sana.

https://x.com/ValorINTEL/status/1914193385251877125

Malah, kita pun tidak boleh menafikan kemampuan pembangun China di mana rata-rata permainan mudah alih popular dunia pun dibangunkan negara tembok besar itu.

Namun, tidak perlu risau kerana Riot Games mengatakan ia akan diperluaskan di pasaran lain juga.

Berkaitan

  • Kajian: Pemain 'Counter-Strike' Bertindak Lebih Pantas Dalam Buat Keputusan
  • Malaysia Pun Tak Terkecuali, Harga PS Plus Sah Naik Mulai April Ini
  • Sony Umum Kenaikan Harga PlayStation 5 Di Empat Pasaran
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY