Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
6 Kesilapan Yang Sering Pengguna PS5 Lakukan

Sony Umum Kenaikan Harga PlayStation 5 Di Empat Pasaran

Diterbitkan April 14, 2025 · Dikemas kini April 14, 2025 oleh Amalina Athman

Sony Interactive Entertainment (SIE) kini mengumumkan kenaikan harga konsol PlayStation5 di empat pasaran utama, berkuat kuasa mulai 14 April 2025.

Menerusi kenyataan rasmi di blog PlayStation, syarikat itu memetik latar belakang persekitaran ekonomi yang mencabar, termasuk kadar inflasi yang tinggi dan turun naik kadar pertukaran mata wang, sebagai punca kenaikan harga.

Empat pasaran yang terjejas oleh pelarasan harga itu termasuk Eropah, United Kingdom, Australia dan New Zealand.

Model PS5 Digital Edition mencatatkan kenaikan harga di keempat-empat pasaran. Sementara itu, versi standard yang dilengkapi pemacu cakera hanya mengalami kenaikan harga di Australia dan New Zealand.

harga playstation 5 2025_1

Di semua pasaran terlibat, harga PlayStation 5 Pro kekal tidak berubah. Sony turut mengumumkan sedikit penurunan harga bagi aksesori pemacu cakera untuk PS5.

Untuk makluman, majoriti perkakasan PS5 dihasilkan di China, yang kini dikenakan tarif import sebanyak 145% ke Amerika Syarikat.

Konsol permainan video seperti PS5 pula tidak termasuk dalam pengecualian sementara tarif teknologi yang diumumkan baru-baru ini, yang hanya melibatkan produk seperti telefon pintar dan komputer.

Kenaikan harga di pasaran lain berkemungkinan merupakan strategi Sony untuk mengurangkan tekanan peningkatan harga secara mendadak di pasaran AS, yang merupakan pasaran utama bagi syarikat tersebut. ​

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi mengenai pelarasan harga di AS, namun penganalisis menjangkakan ia mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Di Malaysia, harga rasmi semasa bagi ketiga-tiga model PS5 adalah seperti berikut:

  • PS5 Digital Edition – RM2,069
  • PS5 dengan pemacu cakera – RM2,499
  • PS5 Pro – RM3,849

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Sony Uji Prototaip Watak AI Dalam Permainan PlayStation
  • Harga Langganan PlayStation Plus Naik Di 15 Negara
  • Malaysia Pun Tak Terkecuali, Harga PS Plus Sah Naik Mulai April Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY