Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Riot Sahkan Akan Ada Valorant Mobile

Riot Sahkan Akan Ada Valorant Mobile

Diterbitkan Jun 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Bersempena ulang tahun pertama Valorant, Riot mengumumkan bahawa permainan taktikal 5v5 ini bakal dibawa ke platform mudah alih. Meskipun begitu, mereka tidak berkongsi maklumat yang mendalam mengenainya.

Namun, berdasarkan temu bual Riot dengan Polygon, apa yang ditawarkan Valorant di PC akan diberikan di peranti mudah alih tetapi pasti akan mempunyai sedikit perbezaan.

Baca juga – PUBG: New State Untuk iOS Dan Android Diumum, Tampil Lebih Futuristik

Selain itu, dengan kehadiran permainan tersebut ke telefon pintar, Riot berkata ia tidak akan menjejaskan pemain di PC dan tiada fungsi crossplay dimana pemain mobile tidak perlu risau.

Riot Sahkan Akan Ada Valorant Mobile

Buat pengetahuan, Valorant adalah sebuah permainan ibarat gabungan CS:GO dan Overwatch. Walaupun baru berusia 1 tahun tetapi jumlah purata pemain aktif kira-kira 14 juta setiap bulan.

Riot Sahkan Akan Ada Valorant Mobile

Dengan ini, arena permainan mudah alih kian rancak kerana Apex Legends juga sudah ada versi Mobile. Malah, telefon gaming turut dilihat menawarkan butang tambahan untuk bermain permainan sebegini.

Baca juga – Apex Legends Mobile Dijangka Hadir Tahun Ini, Mungkin Ini Spesifikasi Diperlukan

Walau bagaimanapun, Riot tidak mendedahkan tarikh pelancarannya dan mungkin bukan tahun ini.

Sumber: Polygon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY