Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Perkenal Pelan Lebih Mampu Milik – Premium Lite

Studio Hollywood Biarkan Treler Filem Palsu Berleluasa? YouTube Kini Ambil Tindakan

Diterbitkan April 2, 2025 oleh Amsyar Latif

Beberapa tahun kebelakangan ini, treler filem palsu semakin berleluasa di media sosial, menarik berjuta-juta tontonan dan menjana pendapatan melalui pengewangan (monetization) di YouTube.

Antara saluran paling popular ialah Screen Culture (1.4 juta pelanggan) dan KH Studio (685,000 pelanggan), yang menghasilkan treler berbentuk spekulatif atau mengelirukan menggunakan imej AI.

Namun, selepas siasatan oleh Deadline, YouTube bertindak menamatkan keupayaan kedua-dua saluran ini untuk menjana pendapatan kerana melanggar dasar polisi pengewangan.

Screen Culture dikenali kerana membuat treler yang meniru bahan promosi rasmi, seperti untuk The Fantastic Four: First Steps dan Superman, tetapi dengan elemen rekaan yang menarik perhatian peminat.

Sementara itu, KH Studio mencipta konsep filem dan siri imaginasi, seperti James Bond lakonan Henry Cavill dan Margot Robbie serta Squid Game dengan Leonardo DiCaprio.

Yang mengejutkan, siasatan Deadline mendedahkan bahawa beberapa studio Hollywood, termasuk Warner Bros. Discovery dan Sony, bukan sahaja tidak bertindak tegas terhadap video ini tetapi juga meminta YouTube memastikan hasil iklan daripada tontonan treler AI ini disalurkan kepada mereka.

Ini mencetuskan persoalan mengenai pendirian mereka terhadap hak cipta di era AI, dengan persatuan pelakon SAG-AFTRA menyifatkan situasi ini sebagai “perlumbaan ke arah kemerosotan.”

Mereka seolah-olah tiada masalah dengan video tersebut, malah mahukan hasil keuntungannya.

Walaupun kini tidak lagi boleh menjana pendapatan di YouTube, pemilik KH Studio menegaskan bahawa treler mereka hanya bertujuan untuk hiburan, bukan untuk mengelirukan.

Pengasas Screen Culture pula, yang berpangkalan di India dan mempunyai pasukan 12 editor, mendakwa kebanyakan penonton tahu bahawa treler di salurannya bukan rasmi dan boleh mencari versi sebenar di saluran rasmi studio.

Apa pula pandangan anda? Adakah anda tiada masalah dengan treler palsu tersebut?

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Projek CETI: Memahami Bahasa Paus Sperma Dengan Teknologi AI
  • Grok Tersedia Di Telegram, Tapi Bukan Semua Boleh Akses
  • Bill Gates Ramal AI Bakal Gantikan Ramai Doktor Dan Guru

Sumber: Deadline

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY