Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
konsep iPhone 17 Pro_Asherdipps

iPhone 17 Pro Max Mungkin Lebih Tebal Berbanding iPhone 16 Pro Max

Diterbitkan Mac 10, 2025 · Dikemas kini Mac 10, 2025 oleh Amalina Athman

Apple dilapor bakal menjadikan iPhone 17 Pro Max lebih tebal berbanding iPhone 16 Pro Max sedia ada.

Khabar angin itu hadir daripada peniris Ice Universe, yang sebelum ini pernah berkongsi maklumat tepat mengenai produk Apple.

Menurut laporan, Apple dikatakan telah menambah ketebalan iPhone 17 Pro Max kepada 8.725mm, meningkat daripada 8.25mm pada iPhone 16 Pro Max, dengan perbezaan sebanyak 0.475mm.

Exclusive revelation: The length, width, screen size, and bezel(same iPhone 16 Pro Max) of the iPhone 17 Air and iPhone 17 Pro Max are exactly the same.
Only the thickness is different. The iPhone 17 Air is 5.5mm thick, and the iPhone 17 Pro Max is 8.725mm thick. pic.twitter.com/YjcMFva5IW

— I'm back! (@UniverseIce) March 7, 2025

Dalam hantaran sama di Weibo, Ice Universe menyatakan bahawa perubahan ini mungkin memberi petanda saiz bateri yang lebih besar.

Selain ketebalan, bingkai iPhone 17 Pro Max dilaporkan kekal tidak berubah dan hampir sama dengan iPhone 16 Pro Max.

Sehingga kini, belum ada ura-ura mengenai peningkatan jangka hayat bateri atau perubahan pada dimensi iPhone 17 Pro Max. Jika maklumat daripada Ice Universe tepat, ini merupakan perkembangan baharu mengenai peranti tersebut.

Dalam laporan sebelum ini, model iPhone 17 Pro dijangka hadir dengan modul kamera berbentuk tray, namun Apple dilapor akan mengekalkan susunan lensa segi tiga.

Model Pro juga dikhabarkan akan menggunakan bingkai aluminium, berbeza dengan iPhone 15 Pro dan iPhone 16 Pro yang hadir dengan bingkai titanium. Bahagian belakang peranti ini pula dikatakan menampilkan reka bentuk baharu yang menggabungkan elemen aluminium dan kaca.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Laporan: Rekaan iPhone 17 Air Diserahkan Pada Pengilang, Selangkah Menjadi Kenyataan
  • iPhone 17 Dijangka Terima Naik Taraf Sistem Penyejukan
  • iPhone 17 Pro Mungkin Hadir Dengan Rekaan Berbeza

Sumber: MacRumors

Gambar utama: konsep Asher

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY