Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
camera iphone-min (1)

iOS 19 Dijangka Tampilkan Aplikasi Kamera Dengan Rekaan Lebih ‘Clean’

Diterbitkan Januari 20, 2025 · Dikemas kini Januari 20, 2025 oleh Amalina Athman

Aplikasi Kamera dalam iOS 19 bakal menerima ‘nafas baharu’ dengan rekaan semula yang diinspirasikan daripada visionOS, menurut video terbaru Jon Prosser, hos saluran YouTube Front Page Tech.

iOS 19 rumors camera apps_4

Prosser mendakwa telah memperoleh video aplikasi kamera baharu itu, namun memilih untuk berkongsi imej yang dihasilkan semula untuk melindungi sumbernya.

Menerusi imej tersebut, ia mendedahkan aplikasi itu berkemungkinan akan menampilkan menu lutsinar untuk pelbagai kawalan kamera, dengan reka bentuk menu mirip antara muka visionOS pada set kepala Apple Vision Pro.

iOS 19 rumors camera apps_3
iOS 19 rumors camera apps_2
iOS 19 rumors camera apps_1

Kawalan kamera dibahagikan kepada kategori foto dan video, dengan pelbagai pilihan seperti rakaman video spatial, pemasa untuk foto dan banyak lagi.

Sementara kawalan tambahan untuk resolusi video dan kadar bingkai pula diletakkan pada bahagian atas skrin.

Secara keseluruhan, ia menampilkan rekaan yang lebih ‘clean’.

Tidak mustahil sekiranya perubahan reka bentuk berinspirasi visionOS ini akan turut diterapkan pada antara muka dan aplikasi terbina lain dalam iOS 19, walaupun perkara ini masih sekadar spekulasi.

iOS 19 dijangka diumumkan pada acara WWDC 2025 yang akan berlangsung pada Jun nati, dengan pelancarannya sekitar September.

Sehingga itu, pastinya lebih banyak khabar angin dan spekulasi akan bertiup kencang.

Berkaitan

  • Apple Dilaporkan Sudah Mula Bangunkan iOS 19, Ini Kod Nama Yang Digunakan
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Ura-Ura: Ini Model iPhone Yang Dijangka Terima Sokongan iOS 19
  • iOS 18.2.1 Kini Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY