Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dilaporkan Sudah Mula Bangunkan iOS 19, Ini Kod Nama Yang Digunakan

Apple Dilaporkan Sudah Mula Bangunkan iOS 19, Ini Kod Nama Yang Digunakan

Diterbitkan Julai 2, 2024 · Dikemas kini Julai 2, 2024 oleh ariff bukhari

Apple baru sahaja mengumumkan iOS 18 di WWDC 2024 lalu dan ia masih dalam peringkat beta yang hanya tersedia untuk pembangun.

Versi penuh iOS 18 yang akan diterima oleh semua pengguna model iPhone yang menyokongnya pula hanya akan tiba dalam beberapa bulan lagi.

Tetapi kini menurut laporan oleh Mark Gurman dari Bloomberg mendakwa, Apple secara rasmi sudah mula bekerja pada pembangunan sistem iOS 19.

Kod nama yang digunakan untuk pembangunan versi iOS itu pula dipanggil sebagai “Luck”.

Penggunaan kod nama itu bukan suatu yang asing kerana Apple telah lama menggunakan kod nama untuk kegunaan dalaman apabila merujuk kepada perkakasan dan perisian yang belum dikeluarkan.

Berikut adalah senarai kod nama bagi setiap versi iOS yang pernah digunakan Apple ketika dalam pembangunannya:

  • 1.0: Alpine / Heavenly
  • 1.1: Snowbird
  • 2.0: Big Bear
  • 2.1: Sugarbowl
  • 2.2: Timberline
  • 3.0: Kirkwood
  • 3.1: Northstar
  • 3.2: Wildcat (iPad sahaja)
  • 4.0: Apex
  • 4.1: Baker
  • 4.2: Jasper (4.2.5 – 4.2.10: Phoenix)
  • 4.3: Durango
  • 5.0: Telluride
  • 5.1: Hoodoo
  • 6.0: Sundance
  • 6.1: Brighton
  • 7.0: Innsbruck
  • 7.1: Sochi
  • 8.0: Okemo
  • 8.1: OkemoTaos
  • 8.2: OkemoZurs
  • 8.3: Stowe
  • 8.4: Copper
  • 9.0: Monarch
  • 9.1: Boulder
  • 9.2: Castlerock
  • 9.3: Eagle
  • 10.0: Whitetail
  • 10.1: Butler
  • 10.2: Corry
  • 10.3: Erie
  • 11.0: Tigris
  • 11.1: Bursa
  • 11.2: Cinar
  • 11.3: Emet
  • 11.4: Fatsa
  • 12.0: Hope
  • 13.0: Yukon
  • 14.0: Azul
  • 15.0: Sky

Malah bukan pada sistem operasi iPhone sahaja, Apple turut didakwa sudah memulakan pembangunan bagi barisan sistem operasi peranti utama lainnya termasuklah macOS 16 (“Cheer”), watchOS 12 (“Nepali) dan visionOS 3 (“Discovery”).

Ini mungkin kelihatan seperti awal, tetapi sebenarnya adalah jadual biasa bagi syarikat itu untuk membangunkan produk perkakasan tahun depan yang akan memerlukan perisian yang disertakan bagi mula menguji peranti.

Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengetahui ciri sebenar versi OS baharu tersebut.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: Bloomberg, iMore

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY