Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18.2.1 Kini Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat

iOS 18.2.1 Kini Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat

Diterbitkan Januari 7, 2025 ยท Dikemas kini Januari 7, 2025 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan iOS 18.2.1 (2A3798) untuk pengguna iPhone. Kemas kini ini hadir kurang dari sebulan selepas iOS 18.2 dikeluarkan dengan ciri Apple Intelligence baharu, rekaan baharu aplikasi Mail dan lain-lain.

Menurut butiran kemas kini, iOS 18.2.1 “memberikan pembetulan pepijat penting dan disyorkan untuk semua pengguna”.

Namun, tiada maklumat spesifik mengenai apa yang telah ditangani oleh Apple dalam kemas kini iOS 18.2.1 untuk pengguna iPhone.

Untuk kemas kini iOS 18.2.1 secara OTA (over-the-air), pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now. Selain iOS 18.2.1, Apple turut mengeluarkan kemas kini iPadOS 18.2.1.

Dalam perkembangan lain, Apple ketika ini sedang menguji iOS 18.3 dan iPadOS 18.3, dengan jangkaan akan dilancarkan sekitar hujung bulan ini.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2
  • Selain Apple Intelligence, Ini Yang Baharu Dalam iOS 18.2
  • Ura-Ura: Ini Model iPhone Yang Dijangka Terima Sokongan iOS 19

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY