Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi – 2 2

Unifi Rangkaian Paling Cemerlang Di Malaysia – Opensignal 2025

Diterbitkan November 19, 2025 · Dikemas kini November 19, 2025 oleh ariff bukhari

Laporan Opensignal November 2025 menunjukkan persaingan sengit antara lima penyedia rangkaian mudah alih utama di Malaysia iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi dan Yes.

Opensignal dalam laporannya mendapati, setiap syarikat ini menonjol dalam kategori berbeza yang mencerminkan strategi dan kekuatan rangkaian masing-masing.

CelcomDigi – kualiti rangkaian konsisten

CelcomDigi menerajui dalam kategori konsistensi dengan skor 71.7% dengan keupayaan rangkaiannya menyokong aplikasi mudah alih secara konsisten.

Unifi Rangkaian Paling Cemerlang Di Malaysia – Opensignal 2025

Unifi – juara muat turun dan panggilan

Unifi pula muncul sebagai juara dalam pengalaman muat turun dan panggilan dengan merekodkan kelajuan muat turun 13% lebih pantas berbanding U Mobile.

Unifi Rangkaian Paling Cemerlang Di Malaysia – Opensignal 2025
Malah Unifi juga turut menerajui kategori pengalaman terbaik bagi video dan permainan.

Maxis – pemenang tunggal untuk pengalaman kebolehpercayaan

Maxis mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pengalaman kebolehpercayaan.

Kategori ini mengukur kemampuan pengguna untuk bersambung dan berjaya menyelesaikan tugas asas di rangkaian pengendali. Hasilnya,

Maxis mengekalkan penguasaan mereak dalam kategori ini secara mutlak dengan skor 874 mata pada skala 100-1000 mata — kira-kira enam mata mengatasi CelcomDigi dan Unifi.

Unifi Rangkaian Paling Cemerlang Di Malaysia – Opensignal 2025

Yes – juara ketersedian rangkaian

Sementara Yes unggul dengan ketersediaan rangkaiannya sebanyak 99%, memastikan pengguna sentiasa terhubung.

Unifi Rangkaian Paling Cemerlang Di Malaysia – Opensignal 2025

U Mobile – juara ketersediaan 5G

U Mobile pula memenangi anugerah Ketersediaan 5G dengan jelas mengalahkan pesaing lain.

Namun, dalam kategori ini secara keseluruhan, pengalaman liputan 5G di Malaysia adalah baik dari semua rangkaian.

Unifi Rangkaian Paling Cemerlang Di Malaysia – Opensignal 2025

 

Opensignal menyimpulkan, Unifi unggul dengan 33 kemenangan tunggal dan 100 kemenangan bersama rangkaian lain.

Ia juga memenangi 13 anugerah secara mutlak untuk Pengalaman Video dan 10 untuk Pengalaman Kelajuan Muat Turun.

CelcomDigi pula dengan 24 kemenangan tunggal dan 84 kemenangan bersama rangkaian lain, manakala U Mobile memperoleh 15 anugerah secara mutlak dan 72 secara bersama, dengan kebanyakan kemenangan mutlaknya datang daripada Ketersediaan 5G.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Selangor Dijangka Guna Tenaga Nuklear Dalam Tempoh Lima Tahun
  • Malaysia Lancar Pasport Bateri EV Pertama Di ASEAN
  • Roblox Perkenal Semakan Umur Melalui Video 'Selfie'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY