Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selangor Dijangka Guna Tenaga Nuklear Dalam Tempoh Lima Tahun

Selangor Dijangka Guna Tenaga Nuklear Dalam Tempoh Lima Tahun

Diterbitkan November 18, 2025 oleh Amalina Athman

Selangor dijangka memulakan pelaksanaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bersih di negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Memetik laporan Bernama, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri kini berada dalam fasa awal penerokaan tenaga nuklear, termasuk pembangunan kepakaran berkaitan.

“Jika semuanya berjalan lancar, pelaksanaan paling awal boleh dilakukan dalam tempoh lima tahun. Pada masa ini, kita sedang membina kapasiti, termasuk menghantar pegawai yang terlatih dalam bidang nuklear. Kita juga akan merujuk kepada universiti tempatan. Ini semua sebahagian daripada langkah awal kita,” katanya pada persidangan DUN Selangor di Dewan Negeri Selangor.

Amirudin berkata bidang tenaga nuklear di Malaysia masih kurang diterokai, sehingga ada pelajar tempatan yang terpaksa mencari inisiatif sendiri di luar negara.

Beliau menegaskan bahawa masa depan negara memerlukan persediaan rapi kerana Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada bahan api fosil seperti gas dan arang batu, yang terbukti tidak lestari berbanding tenaga nuklear dan sumber lain.

Bagaimanapun, isu keselamatan, risiko kebocoran dan persepsi awam masih menjadi perkara utama yang perlu diperjelaskan, dengan pengalaman negara lain seperti Jerman dijadikan sebagai rujukan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun
  • Thailand Juga Dilaporkan Pertimbang Guna Tenaga Nuklear Menjelang 2037
  • Projek Tenaga Nuklear Mungkin Dilaksana Di Semenanjung, Sabah
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY