Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Roblox Jamin Tingkat Keselamatan Melalui AI, Pemantauan Manusia – Hannah

Roblox Perkenal Semakan Umur Melalui Video ‘Selfie’

Diterbitkan November 19, 2025 · Dikemas kini November 19, 2025 oleh Amalina Athman

Roblox, salah satu aplikasi permainan paling popular dalam kalangan kanak-kanak, kini memperkenalkan pemeriksaan umur melalui Anggaran Umur Wajah (Facial Age Estimation) atau pengesahan ID untuk semua pengguna, termasuk kanak-kanak seawal 9 tahun.

Selepas proses pemeriksaan selesai, pengguna hanya dibenarkan bersembang dengan individu dalam kumpulan umur yang sama atau sesuai, kecuali jika menjadi Trusted Connections dengan orang yang dikenali.

Proses Anggaran Umur Wajah adalah pantas, selamat, dan dilakukan melalui aplikasi Roblox menggunakan kamera peranti. Imej dan video yang digunakan untuk pemeriksaan umur melalui Anggaran Umur Wajah diproses oleh vendor kami, Persona, dan akan dipadamkan serta-merta selepas pemprosesan. Pemeriksaan umur adalah sepenuhnya pilihan, tetapi ciri seperti chat tidak akan boleh diakses sehingga pemeriksaan umur selesai.

Roblox menjadi platform permainan dan komunikasi dalam talian pertama yang mewajibkan pemeriksaan umur melalui wajah untuk mengakses chat, menetapkan apa yang dijangka menjadi standard baharu industri.

Roblox berkata inisiatif ini direka untuk memberikan pengalaman yang lebih sesuai mengikut umur, yang dipercayai dapat meningkatkan kualiti interaksi pengguna dari semua peringkat umur di platform itu.

 

Semua pengguna secara sukarela boleh menjalani proses Anggaran Umur Wajah untuk mengakses ciri komunikasi, bermula hari ini.

Bermula awal Disember, Roblox akan mula menguatkuasakan keperluan semakan umur di pasaran terpilih termasuk Australia, New Zealand dan Belanda. Keperluan ini akan diperluaskan secara global pada awal Januari, di mana-mana sahaja ciri sembang tersedia.

Berkaitan

  • Roblox Perkenal Protokol Baharu, Jamin Keselamatan Kanak-Kanak
  • Roblox Disaman, Didakwa Jadi Ruang Pemangsa Seksual Kanak-Kanak
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Roblox Jamin Tingkat Keselamatan Melalui AI, Pemantauan Manusia - Hannah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY