Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bateri EV

Malaysia Lancar Pasport Bateri EV Pertama Di ASEAN

Diterbitkan November 18, 2025 · Dikemas kini November 19, 2025 oleh ariff bukhari

Malaysia terus memperkukuh ekosistem kenderaan elektrik (EV) dengan memperkenalkan Malaysian Standard (MS) 2818: Pasport bateri untuk kenderaan elektrik – Keperluan am, sekali gus menjadi standard pasport bateri EV pertama di ASEAN.

Standard ini berfungsi sebagai rekod digital menyeluruh yang merekodkan maklumat sepanjang kitar hayat bateri bermula daripada pengeluaran, penggunaan, hinggalah pelupusan.

Langkah ini dijangka meningkatkan ketelusan, memudahkan pengesanan bateri, serta menyokong usaha negara mengurangkan pelepasan karbon.

Malaysia Lancar Pasport Bateri EV Pertama Di ASEAN
Selain itu, beberapa standard kebangsaan lain turut dilancarkan, termasuk MS 1480: Keselamatan Makanan Mengikut Sistem Analisis Bahaya dan Kawalan Titik Kritikal (HACCP) (Semakan ketiga),MS 2683: Madu Kelulut Kering (Lebah Tanpa Sengat) – Spesifikasi, (Semakan Pertama) dan MS 2782: Madu (Apis sp.) – Spesifikasi.

Menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong, standard baharu ini akan membantu industri EV beradaptasi dengan perubahan teknologi yang pantas, sekali gus menjadikan Malaysia lebih kompetitif di rantau ini.

Usaha ini menenjukkan komitmen Malaysia untuk memastikan produk tempatan memenuhi tahap keselamatan dan kualiti antarabangsa, sambil memacu inovasi serta kelestarian industri.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Kos Elektrik Kereta Api Laju Di China Hanya RM0.94 sen Setiap 100Km
  • Penyelidik Bangunkan Robot Mikro Hantar Ubat Terus Ke Sasaran Dalam Tubuh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY