Umat Islam Kini Boleh Melancong Ke Luar Negara Tanpa Ada Rasa Ragu-Ragu

Capital A telah melancarkan sebuah platform di mana ia mesra-muslim serta menawarkan harga yang berpatutan supaya umat Islam berpeluang untuk menjelajah berdasarkan gaya hidup syariah.

Pakej kembara atau lebih dikenali sebagai IKHLAS menawarkan beberapa perkhidmatan seperti pakej Umrah IKHLAS dengan kerjasama antara pengasas umrah berlesen dan Ikhlas Com Travel and Umrah Sdn Bhd. Kini, pengembara Muslim berpeluang untuk melancong dengan yakin, mampu milik serta disusun untuk ke seluruh rangkaian destinasi Airasia.

Antara destinasi kegemaran pelancong Muslim yang disertakan dalam pakej tersebut adalah Korea Selatan. Pelancong akan ditemani dengan aktiviti-aktiviti mesra-Muslim sebagai pilihan melancong ke Seoul ketika musim sejuk, musim bunga ataupun pengalaman 'Train to Busan' dengan harga serendah RM3,790.

{suggest}

IKHLAS juga menawarkan beberapa amalan berlandaskan syariat Islam seperti ibadah Qurban, Zakat dan perkhidmatan gaya hidup patuh Shariah seperti Aqiqah, Fidyah dan Sadaqah.  IKHLAS juga menawarkan ‘Shop with IKHLAS’ di mana lebih 1,000 pilihan produk termasuk kelengkapan ibadah, barangan runcit, fesyen, buku, barang perhiasan serta perkakas rumah.

Selain itu, terdapat pakej Umrah dengan harga serendah RM5,990. Terdapat juga Pakej Umrah Lite, Umrah Jejak Rasul dan Umrah Hawa dengan penerbangan AirAsia X secara terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah dijadualkan untuk berlepas pada 16 November 2022.

Untuk pakej Umrah Lite berharga serendah RM5,990, berlangsung selama 9 hari 7 malam dijadualkan berlepas pada 19 November. Pakej Umrah Jejak Rasul (RM7,890) pula berlangsung selama 12 hari 10 malam berlepas pada 16 November manakala Umrah Hawa (RM7,690) berlangsung selama 13 hari 11 malam bermula 21 Disember ini.

Sumber: AirAsia