Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro Davinci

Dalam Diam Apple Sahkan Aplikasi DaVinci Akan Tiba Di iPad

Diterbitkan Oktober 20, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam video pengenalan kepada produk terbaru mereka iaitu iPad dan iPad Pro, Apple secara diam-diam mengesahkan bahawa aplikasi suntingan video profesional iaitu  DaVinci Resolve akan tiba di iPad tidak lama lagi.

Anda boleh lihat dengan jelas pada minit 4.50, jelas kelihatan ikon aplikasi tersebut dipaparkan dalam video.

https://youtu.be/yUKRkPKg5_U

Malah bagi pengguna yang biasa dengan perisian suntingan video itu pastinya akan perasan antaramuka aplikasi itu yang turut diperlihatkan dalam video tersebut.

Walaupun Apple tidak menyatakan secara jelas perincian tentang aplikasi DaVinci Resolve untuk iPad ini, tetapi mereka ada menyatakan bahawa iPad Pro M2 ini mampu menukarkan projek video kepada Apple ProRes sehingga 3 kali lebih pantas berbanding iPad Pro M1.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Apple Umum iPad Pro Baharu - Cip M2, Harga Bermula RM3,899

Generasi iPad Pro terbaru ini dikuasakan oleh cip pemprosesan M2 yang hadir dengan 2 pilihan saiz paparan iaitu 11-inci dan 12.9-inci di mana masing-masing harga bermula dari RM3,899 dan RM5,399.

Sumber: dpreview

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY