Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
secure2u mae

Secure2u Pada Aplikasi MAE Kini Ditambah Baik Dengan Tempoh Pengaktifan 12 Jam

Diterbitkan Oktober 20, 2022 oleh Amalina Athman

Pada bulan lalu, Maybank telah mengumumkan pengaktifan baharu Secure2u akan beralih sepenuhnya ke aplikasi MAE. Kini, Maybank mengumumkan Secure2u pada aplikasi MAE ditambah baik dengan tempoh pengaktifan 12 jam, bermula 20 Oktober 2022.

Berkaitan

  • Tiada Lagi TAC Melalui SMS, Maybank Hanya Sokong Secure2U Untuk Pemindahan Wang
  • Tidak Terima Kod Pengesahan Maybank Untuk Aktifkan Apple Pay? Ini Cara Penyelesaian
  • Maybank: Pengaktifan Baharu Secure2U Akan Beralih Sepenuhnya Ke Aplikasi MAE Bermula 26 September

Menurut Maybank, langkah itu bertujuan bagi mengelakkan kelulusan transaksi yang mencurigakan serta mengukuhkan lagi tahap keselamatan perbankan dalam talian pengguna.

Dinyatakan, tempoh pengaktifan 12 jam ini akan berkuat kuasa apabila pengguna:

  • Aktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama; ATAU
  • Aktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain

Perlu diketahui, pengguna hanya boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi selepas 12 jam.

Mulai 20 Oktober 2022, #Secure2u pada aplikasi MAE akan ditambah baik dengan tempoh pengaktifan 12 jam.

Tempoh ini akan berkuat kuasa apabila anda mendayakan mengaktifkan Secure2u pada MAE:
1️⃣ untuk kali pertama
2️⃣ pada peranti lain

Info: https://t.co/TJqJ7maATj pic.twitter.com/mMV9hZACXU

— Maybank (@MyMaybank) October 19, 2022

Untuk makluman, Secure2U merupakan cara yang lebih mudah dan selamat untuk membenarkan transaksi perbankan dalam talian dengan menggunakan Secure Verification (pengesahan one-tap) dan Secure TAC (nombor TAC 6 digit yang dijana pada aplikasi mudah alih).

Gambar utama: Maybank

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY