Pindaan ini menyentuh pelbagai aspek termasuklah isu pemulangan semula dana (refund), kelayakan penumpang, pas perjalanan serta penyingkiran penerbangan dibatalkan daripada sistem tempahan syarikat penerbangan dan beberapa yang lain.
Salah satunya ialah menuntut syarikat penerbangan untuk memulangkan semula dana pelanggan dalam kaedah asal pembayaran jika berlaku gangguan penerbangan.
Dengan itu, ia akan menghapuskan pemulangan semula dana yang bermacam ragam dan tidak selaras.
This means if you pay your flight tickets by online banking, the airline should perform a refund directly to your online bank account instead of giving a credit note or travel voucher.
Ini bermakna, jika pengguna membayar tiket melalui perbankan dalam talian (online banking), maka syarikat penerbangan perlu memasukkan wang (refund) ke dalam akaun bank anda, bukan baucar mahupun kredit.
Commission further proposes that airlines should offer a refund in the original mode of payment should a flight be delayed.
Dalam pindaan baharuini juga, Suruhanjaya mahu menggantikan frasa "reimbursement" dengan "refund" dalam mod asal pembayaran, kecuali ada perjanjian asing antara pelanggan dan syarikat penerbangan.
Selain itu, MAVCOM juga mengusulkan untuk syarikat penerbangan menambah satu lagi pilihan iaitu 'refund' bagi penerbangan yang tertunda selama 2 jam atau lebih.
{suggest}
Bermakna, pelanggan boleh meminta pulangan wang semula berbanding terus menunggu.
Waktu ini, penumpang ditawarkan secara percuma makanan, minuman, internet dan panggilan terhad untuk penerbangan yang ditunda 2 jam dan lebih.
Jika lebih 5 jam pula, pelanggan akan diberikan penginapan hotel percuma jika diperlukan bersama pengangkutan antaranya dengan lapangan terbang.
Banyak lagi cadangan yang diusulkan. Anda boleh klik pada sumber untuk bacanya. Jika tiada aral melintang, semua ini akan dilaksanakan pada suku pertama tahun 2023.
Jika anda mahu memberi maklum balas dan cadangan, jangan fikir panjang, terus ke pautan INI.
Sumber: MAVCOM
Berkaitan
- Penerbangan Pertama AirAsia X KL-Jeddah Selamat Berlepas, Usaha Sama Dengan IKHLAS
- Apple Premium Partner Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Di Malaysia
- Netflix Mahu Kerjasama Dengan Pihak Telekomunikasi Dan 'e-Wallet' Di Asia
- Tune Talk Antara Yang Mendapat Anugerah Asian Telecom Awards 2022
- AirAsia Group Tukar Nama Ke Capital A, Kini Bukan Sekadar Terbang
- AirPods Pro 2 Dilancarkan Dengan Apple Cip H2
- Stesen Pengecas Kereta Elektrik Berkuasa Tinggi Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Di Tangkak
- Pengguna Shell Kini Boleh Bayar Isian Minyak Dengan Aplikasi Shell Asia
- Shopee Akan Buang Pekerja Asia Tenggara
- Pertama Kali Di Malaysia, Apple Beri Airpods Percuma Bila Beli Mac/iPad