Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UM Jadi Universiti Awam Pertama Guna Wi-Fi 7 Berkuasa AI Di Malaysia

UM Jadi Universiti Awam Pertama Guna Wi-Fi 7 Berkuasa AI Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 18, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 21, 2024 oleh ariff bukhari

TP-Link Malaysia dan Universiti Malaya (UM) menjalinkan kerjasama untuk memperkenalkan rangkaian Wi-Fi 7 berkuasa AI yang pertama di negara ini.

Ia sekali gus menjadikan UM sebagai universiti awam pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Wi-Fi 7 yang menjanjikan kelajuan pantas, keselamatan dipertingkatkan, dan sambungan lancar sebagai penanda aras baharu untuk pembelajaran digital dan penyelidikan di kampus.

Ini akan menyesuaikan keperluan pengguna secara pintar, menawarkan akses internet pantas dan boleh dipercayai kepada pelajar, pensyarah, dan penyelidik.

Teknologi ini juga akan bertindak balas terhadap ancaman keselamatan secara automatik dan memudahkan pengurusan rangkaian melalui papan pemuka berpusat.

UM Tp-Link

TP-Link Malaysia akan melengkapi kawasan utama Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FCSIT), termasuk Dewan Kuliah 1, Dewan Kuliah 2, dan makmal Pengajaran Rangkaian dengan teknologi Wi-Fi 7 yang akan menyokong lebih 750 pengguna dan meningkatkan pengalaman pengajaran serta pembelajaran dengan sambungan yang konsisten.

Kerjasama tiga tahun itu akan menyaksikan TP-Link menyediakan peralatan dan sokongan teknikal bernilai sehingga RM300,000.

Setelah projek selesai, semua peralatan akan dipindahkan ke UM, mengukuhkan lagi komitmen universiti untuk kalis infrastruktur digitalnya pada masa hadapan.

Rangkaian Wi-Fi 7 dipacu AI bukan sahaja akan meningkatkan akses internet tetapi juga akan membolehkan pemantauan keselamatan, pengurusan rangkaian dan analisis data yang lebih baik melalui penggunaan teknologi AI.

Berkaitan

  • Perkara-Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wi-Fi 7
  • TP-Link Lancar 2 Penghala WiFi 7 Berprestasi, Sokong Kelajuan Sehingga 46Gbps
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Qualcomm Networking Pro A7 Elite: Platform Revolusi Wi-Fi 7 Dengan AI

Sumber: TP-LINK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY